Salam sume...
kisah ini hanya la sebuah kisah yg ingin ku kongsi...tidak perlu bertanya apa kaitan nya atau siapa yg terbabit dalam kisah ini..hanya sekadar sebuah kisah...kisah ini mungkin benar mungkin juga tidak..mungkin kalau ia benar tahap kebenaran nya tidak kita ketahui 100% benar atau ada olahan..kerana seperti yg telah ku katakan ia hanyalah sebuah kisah...
kisah ini bermula dalam kehidupan seorang guru..hurm ya dia mengajar tapi bukan di sekolah seperti guru2 biasa cuma kerja dia memberi ilmu kepada org maka aku mengelarkan dia guru..berpuluh tahun dia mencari rezeki dgn memberi ilmu kepada ramai org..terlalu banyak pahit manis dalam kehidupan..tapi tidak satu pun mengganggu gugat kerjaya dia sebagai guru..hingga la suatu hari si guru menerima mesej dari seseorang...mesej itu berbunyi 'wahai sang guru,aku tahu kau diberi kelebihan dan kepercayaan utk mengajar kami..tapi aku sbg penerima ilmu tidak suka melihat kau memandangku dgn pandangan bernafsu'...sang guru terkejut dan membalas..'selama saya mengajar saya xpernah terfikir utk memandang org dgn pandangan yg sebegitu..lagi pula sy telah mempunyai isteri dan anak2...boleh kira nya saya tau kamu menghadiri kuliah sy dimana'...si penghantar mesej memberitahu dia menghadiri kuliah di sekitar kota Kuala Lumpur...si guru sudah tahu kuliah yg mana tetapi masih blm tahu siapa gerangan si penghantar mesej itu...
bermula hari itu bermacam2 mesej yg diterima sang guru..semua nya dari org yg sama sehingga sang guru mengambil keputusan utk tidak melayan apa sahaja bentuk mesej yg dihantar itu..sampai satu masa sang guru kembali ke kuliah di sekitar ibu kota itu...dalam kuliah ada dia menyebut tentang mesej itu...tanpa dia tahu siapa gerangan penghantar mesej..sang guru cuma meminta si penghantar mesej dtg berjumpa dia andai si penghantar mesej itu merasa diri nya benar...tetapi tiada yg tampil yg ada hanya lah sebuah mesej kiriman penghantar mesej itu..
mesej yg dihantar ialah 'tergamak kau menghina aku..kau tunggu balasan Tuhan..jgn kau ingt kau seorang guru kau boleh memalukan sesiapa sahaja..kau tunggu sahaja lah nanti'
tekad nya sang guru maka mesej itu tetap xdibalas...malah semua mesej yg diterima dikongsi bersama isteri dan anak2 nya..selang beberapa hari sang guru menerima mesej dari org yg sama..mesej kali ini berbeza tiada lagi amarah tapi yg ada hanyalah luahan hati si penghantar mesej...dia meluahakan rasa hati dia pada sang guru..katanya dia tertarik pada sang guru...dari hari itu sang guru set nama si penghantar meseg itu di hp nya dgn nama orang gila...
bermula dari mesej luahan perasaan sang guru menerima mesej dari orang gila itu hampir setiap hari..malah ada juga ketika sang guru menerima lebih dari satu mesej sehari dari penghantar yg sama...
keadaan itu berterusan sehingga setahun lama nya..orang gila tetap xberputus asa..ada ketika dia mesej mengatakan rasa menyesal dan ingin meminta maaf kepada sang guru...dia juga berjanji tidak akn mengganggu sang guru dan keluarganya lagi...tapi janji tinggal janji..selang beberapa hari mesej itu muncul lagi dgn ayat berbeza..adakala sgt baik tp ada masa mesej amarah yg dihantar..
mesej itu sedikit sebanyak mengganggu kerjaya sang guru...disebabkan sang guru tahu kewujudan orang gila itu maka ada ketika perasaan utk tidak mahu mengadakan kuliah itu hadir dalam diri...utk berhenti membuat kuliah sang guru tidak tegar..kasihan pada mereka yg tidak bersalah..xpatut menjadikan mereka mangsa keadaan..
suatu hari sang guru menerima panggilan telefon...rupa nya yg menelefon itu adalah abg kepada orang gila...si abang itu meminta maaf kpd sang guru...dia menelefon kerana desakan adik nya..sudah seminggu dia hold dan hari itu adalah hari dia menunaikan permintaan adik nya...si abang menjelas kan pada sang guru adik nya itu sebenarnya mengalami tekanan perasaan...dia adalah seorang gadis atau lebih tepat tetapi agak kasar didengar dia adalah seorang andartu...sejak kematian ayah mereka si adik itu mengalami tekanan perasaan...si abg merupakan seorang doktor dan satu2 nya ahli keluarga yg agak rapat dgn si adik itu...si abang pernah berhajat utk membawa adik nya berjumpa doktor jiwa tetapi disebabkan si adik itu xdapat menerima keadaan diri maka si abang terpaksa tunda hajat nya utk mengelakkan sesuatu yg buruk berlaku...
selang beberapa hari orang gila itu kembali menghantar mesej...katanya dia tahu abang nya teleh menelefon sang guru..tetapi disebabkan kesibukan maka dia belum mengetahui apa2 khabar dari abang nya...sampai satu hari dia menghantar mesej lagi...dia meminta maaf pada sang guru..dia kata baru kini dia tahu yg selama ini sang guru tidak pernah mempunyai apa2 perasaan terhadap dia..dia mahu mengundur diri dan meminta maaf sekali lagi kepada sang guru dan keluarga...sang guru serta isteri berasa sangat lega..bagi mereka tiada lagi gangguan yg perlu mereka terima bermula esok hari...
ternyata tekaan mereka meleset...orang gila kembali menggila...menghantar mesej dgn memberi terlalu banyak alasan...sampai kini tidak diketahui apa kesudahannya..sampai bila orang gila itu mahu mengganggu sang guru dan seberapa lama sang guru mampu bertahan tidak siapa yg tahu...
DARI KACA MATA AKU
mmg siapa sahaja yg membaca atau merasa keadaan itu akn mengganggap si penghantar mesej itu psycho(betul ke ejaan ni kehkehkeh taram je la)...kalau si abang kata adik nya mengalami tekanan perasaan mungkin itu adalah salah satu sintom utk org yg mengalami tekanan perasaan...sebagai org yg memerhati situasi aku mmg merasa sgt geram dgn si penghantar mesej itu...sb dia masih mengganggu walau pun telah diketahui sang guru mempunyai isteri dan keluarga...tapi sampai satu tahap ada sesuatu yg aku rasa...
aku rasa seolah2 pernah dekat dan rapat malah aku rasa pernah mengenali seseorang seperti si penghantar mesej...mungkin tak 100% sama seperti si penghantar mesej tetapi cara dan tingkah laku nya hampir sama...mungkin org yg aku kenal itu juga mengalami tekanan perasaan tetapi tidak diketahui oleh dia dan org disekeliling nya...
percaya lah xsemua org sengaja ingin membina kebahagiaan dgn menghancurkan kebahagiaan org lain..mungkin mereka lakuka tanpa kesedaran akal fikiran yg waras...mungkin tekanan yg tanpa disengajakan diletakkan dibahu mereka sehingga mereka terbeban dan stress..apabila tak mampu menanggung beban yg teramat sgt maka tekanan perasaan pula yg dialami nya...
percaya lah setiap penyakit ada ubat nya..bila kita terbeban dgn sesuatu jgn dipendam seorang diri...jgn mudah mengalah..walau beribu org berlari meninggalkan kita tapi kita tetap masih punya Tuhan yg satu...mengadulah pada-Nya kerana dia Maha Mendengar...dgn bantuan-Nya insya Allah kita tidak akn lagi rasa terbeban dgn segala beban yg kita pikul itu....
nota kaki: fuhhh panjang nya hehe...sekadar untuk renungan kalian dan aku sendiri ^_^