Salam....
korg xbosankan pasal semenjak dua tiga menjak ni entry sume pasal cite kt Makkah + Madinah...kalo bosan skip la tp mmg dah niat dihatiku yg kiut miut ni selagi xabes cite pasal pengalaman kat sana maka xwujudlah entry lain...tp mungkin kalo ada benda menarik aku akn mencelah la kot antara entry perjalanan impian ni ngn entry yg aku rasa best tu...
ok sambung entry yg sblm ni..ktorg smpai di Mina pada tgh malam 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 Hijrah...keesokan paginya kami bgn untuk solat Subuh berjemaah...selesai solat kami bersarapan...makanan masih lagi disediakan oleh syeikh haji...kira sepanjang kami di Arafah hingga hari terakhir kami di Mina makanan mmg sama je semua disediakan oleh syeikh haji...mmg xde beza antara makanan muhasasah dan pakej...
selesai makan,ustaz buat announcement utk Asari Murni..ustaz suruh solat Dhuha xkiralah nak buat 2 rakaat atau 8 rakaat tapi sebaik2nya buat lah 8 rakaat mengikut sunnah Nabi...selesai solat Dhuha kami diminta untuk bersiap sedia dan berkumpul diluar khemah...lebih kurang jam 8.00 pagi kami berkumpul dan masing2 membawa 7biji ank batu untuk melaksanakan aktiviti melontar..ini merupakan hari pertama untuk kami melontar jamrah...pada hari ni memerlukan 7 biji anak batu sahaja kerana kami hanya perlu melontar Jamrah Aqabah sahaja...kiranya selepas melontar Jamrah Aqabah pada hari ini kami boleh bergunting maka terhasillah tahallul awwal...lepas tu boleh la berpakaian seperti biasa tapi masih ada 3 pantang larang ihram yg perlu kami jaga...
kami pun bergerak...orang agak ramai..dan kalau nak tahu sebenarnya semua jemaah dijadualkan untuk melontar pada malam hari...tapi kami memutuskan untuk ambil waktu afdhal iaitu waktu dhuha...Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...perjalanan kami berjalan lancar...mmg mula2 terasa ramainya manusia yg berjalan untuk melakukan lontaran...tapi apabila sampai di jamrah Alhamdulillah ibadah kami dipermudahkan oleh Nya dengan memberi kami laluan dan kami dapat melontar di bahagian hadapan (maksudnya xperlu melontar dari jarak jauh)...berkat pertolongan dari Yang Maha Esa dan bimbingan ustaz yg sangat2 kami kagumi hihihi....
setelah selesai kami pun berjalan balik ke khemah + Maktab masing2...bila dah sampai di khemah masing2 berehat...penat rupanya berjalan kaki untuk melontar tapi semuanya tak terasa mungkin sebab kami bergerak secara beramai2..org lain aku tak tahu yg aku tahu semangat tu berkobar2 smpai tak sabar2 nak tunggu hari seterusnya dan berjalan lagi untuk pergi melontar hehehe...
hari kedua dan ketiga (11 & 12 Zulhijjah), kami memerlukan 70 biji anak batu untuk satu hari...ustaz memilih waktu lontaran dilakukan pada malam hari pula..selepas solat maghrib + isyak dilakukan secara jamak tamam kami pun bergerak untuk menuju ke jamrah...kalo nk tahu aku mcm kesian gak kat ustaz sebab dia terpaksa berpenat lelah untuk menjaga dua maktab dalam satu masa...ingt tak yg aku de cakap ada jemaah seramai hampir 100 org yg tiba agak lewat dari kami...mereka semua duduk kat Maktab 88..so ustaz kena lah pergi ulang alik antara maktab kami 98 dan maktab mereka 88...hari pertama tu ustaz pergi ngn kami maktab 98 waktu dhuha dan mlm tu pulak ustaz pergi lagi berjalan menuju jamrah untuk bawa maktab 88 untuk melontar..kesian kan..aku yg tgk ni pun kesian je rasa...tgk mata ustaz merah je mcm org xcukup tidur huhuhuh...semoga jasa dan pengorbanan ustaz di balas oleh Allah s.w.t.
ok untuk hari kedua dan ketiga tu kami pergi melontar waktu malam..dua2 maktab iaitu 98 dan 88 bergabung malam tu...mcm pelik sikit la sb kami maktab 98 mmg xkenal muka jemaah maktab 88 tu..tp apa pun kami tetap satu..kami semua tetap jemaah Asari Murni, so xde beza la dorg dorg dan kami kami...semua sama je dan tujuan kami ke sini pun sama...Alhamdulillah untuk 2 hari tersebut juga semuanya berjalan lancar dan sekali lagi urusan kami dipermudahkan oleh Nya dengan memberi laluan untuk kami melontar di barisan hadapan...syukur sangat2 semunya berjalan lancar...
29102012 merupakan hari terakhir di Mina dan hari ini juga merupakan hari terakhir untuk melontar 3 jamrah iaitu Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah...ustaz mengumumkan yg giliran untuk kami pulang ke Mekah agak lambat..kami dianggarkan bergerak pulang jam 5 petang..jadi ustaz memutuskan untuk kami melontar pada waktu afdhal iaitu selepas waktu Zohor..tp ustaz juga xmenghalang sekiranya ada diantara kami yg nak pergi melontar waktu pagi..disebabkan kesihatan mama yg tidak memberangsangkan maka mama ajak aku pergi melontar waktu pagi..sebenarnya aku agak kecewa sebab kalo ikut hati aku nak ambil waktu afdhal tu dan pergi melontar pada waktu Zohor bersama jemaah yang lain..tp disebabkan sayangkan mama dan risaukan kesihatan mama maka aku pun ikut la pergi melontar awal...
tapi rupanya pengaruh mama ni kuat gak hihihi...bila mama cakap nak melontar awal ada juga jemaah yang lain nak ikut sekali..so lepas di hitung 18 jemaah termasuk aku dan mama yg pergi melontar waktu pagi...bila tgk balik rupanya roommate aku semua melontar waktu pagi hehehe...Alhamdulillah tanpa ustaz perjalanan kami kali ni diketuai oleh Paman dan perjalanan kami berjalan dengan lancar...kami masih dibantu oleh Yang Maha Esa dengan memberi peluang untuk kami melontar di barisan hadapan...selesai melontar kami pulang ke khemah...
masuk waktu Zohor ramai jemaah haji muhasasah dipanggil oleh petugas untuk bergerak menaiki bas dan pulang ke Mekah...baki jemaah kami termasuk ustaz bergegas siap sedia untuk melakukan lontaran terakhir...kami yg dah pergi melontar pagi tadi hanya berehat di dalam khemah dan kemas semua barang untuk pulang petang nanti...sementara menunggu jemaah yg pergi melontar pulang rupanya khemah2 di Mina telah habis dikosongkan..tinggal kami je menanti mereka pulang..sebaik mereka sampai ustaz mengarahkan semua keluar dan menuju ke arah bas...kesian para jemaah xsempat rehat...tp adillah kan ustaz pun xsempat berehat huhuhuh....
kesesakan lalu lintas menyebabkan kami sampai di Mekah hampir waktu maghrib..bila dah hampir maghrib maka jalan2 sudah dipenuhi manusia2 untuk ke masjid..jadi bas yg kami naiki xboleh masuk ke kawasan berhampiran hotel sebab hotel kami kan dekat dgn masjid..maka bas yg kami naiki berhenti di tepi terowong atas sikit dari As Safwah...so kami terpaksa tarik beg dan berjalan kaki dari situ ke hotel kami...xpe dugaan untuk kami, tp kalo ikutkan xde la jauh sangat pun nk berjalan kaki dari tmpt bas berhenti ke hotel...lebih kurang dari masjid nk balik ke hotel je :)
malam tu jemaah yg kuat tenaganya pergi solat berjemaah di masjid dan jemaah yg masih penat hanay melakukan solat di hotel penginapan sahaja...aku??hurm duduk bilik je sb aku ABC huhuhu...sedey wooo kalo ABC time kat sana...perasaan tu xtau nak kata la..sedih yg teramat tp bila fikirkan balik itu semua fitrah Allah..jadi terima dgn redha hehehe....so malam lepas makan malam semua jemaah berehat dan tidur awal sebab sisa2 penat lelah selama di Arafah + Muzdalifah + Mina masih ada...
ok ni aku nak share beberapa pengalaman sewaktu di Mina...org kata waktu wuquf merupakan hari2 dugaan untuk semua jemaah...kat sini lah kita boleh tgk mcm2 karenah manusia...siapa yg sabar untung dan siapa yg kurang sabar dan biarkan syaitan mempengaruhi tingkah lakunya maka rugi lah dia dan sia2 lah kerja2 haji yg dilakukan...org kata juga setiap perbuatan dan kata2 kita perlu difikirkan sebelum kita cakap+buat...kat sini kita cakap je terus dapat...ok masalah toilet xcukup tu mmg la menjadi isu utama time kat sini..tp bagi aku kalo semua org buang sikap pentingkan diri sendiri dan sentiasa beringat pasal org lain maka toilet tak cukup tu bukan masalah la kan...
masa kt Mina setiap maktab ada pintu belakang and depan...macam kami masuk ikut pintu depan maktab kami lah iaitu maktab 98 dan pintu belakang kami ialah maktab 86 dimana terdiri dari jemaah Thailand...kat sini sangat kelakar bagi aku sebab time nak masuk toilet aku de dengar jemaah lain bercerita yg ada selisih faham antara jemaah2 Malaysia + Thailand...bila dorg dok bergaduh kata toilet tu toilet Thailand la..ada yg ckp toilet tu toilet Malaysia la...tp dorg lupa kot sebenarnya tu semua toilet syeikh haji hihhihi...jadi xde la isu toilet tu toilet siapakan sepatutnya...
lepas tu kalo pergi mana2 toilet org pmpn mmg blh tgk byk gler pakaian yg bersidai kt tembok2 tu...siap ada yg bawa tali dan buat tmpt penyidai kat blkg khemah2 yg berdekatan dgn toilet tu...mcm2 kan..tp tu la hakikatnya...bila dah ramai sgt yg membasuh baju dan ramai yg ambil kesempatan mandi manda mcm duduk kt rumah maka setiap kali pergi toilet mmg kena beratur panjang...siapa yg sabar Alhamdulillah tp yg kurang sabar tu la yg boleh buat gaduh tu...
aku pulak, Alhamdulillah tiap kali nak masuk toilet perlu beratur sekejap dan dapat masuk..tapi aku hanya mandi malam ke dua aku berada di Mina...lepas tu mmg jamak takhir la mandi kat hotel hihihihi...dihari2 terakhir aku kat sana aku dpt tgk satu pemandangan yg mmg tak terjangka olehku...inilah akibat bila kita duduk beramai2 dan duduk bersama org yg pentingkan diri...aku ckp cmtu sb satu pagi aku bgn g toilet mcm biasa..dan tiba2 aku dok tgk ada dua org makcik ni pegang tikar dekat dgn tembok sebelum masuk toilet...rupa2nya makcik2 ni semua dah tahap tak boleh nak tahan maka dorg beramai2 buat satu group 'kencing berjemaah' huhuhu...kesian kan tp nak buat mcm mana dorg dah tak tahan dan bilik air still penuh dgn org yg mandi+basuh baju...aku hanya menggelengkan kepala je smbil dok pk 'kalo aku kat situsasi dorg cnfirm xterkeluar dah apa yg nk dikeluarkan tu ' huhuhu....
ada satu cerita ni pulak...sorg makcik ni disebabkan geram kena beratur nak masuk toilet dan kena tunggu lama dia pun ckp 'xpe nanti kalo aku dpt masuk aku nk masuk sejam..biar padan muka org yg kena tunggu'...dan bila rmai yg kata berjaga2 dgn kata2 kte terutamanya masa kat sini so kita patut nya berjaga2 la kan...nk dijadikan cerita bila makcik tu masuk toilet dia masuk mandi...dan bila dia nk keluar di xdpt keluar..sejam selepas dia masuk baru lah dia dpt bukak pintu toilet tu...fuhhh Nauzubillah kan...tu sebab kata2 dan perbuatan kita perlu di jaga..tp bg aku bnde2 tu mmg kena jaga tak kira la kat sana or kat mana2 :)
hah last ni cerita yg aku dgr dari jemaah laki hihih...ada sorg ni dia xtahan nak membuang...tp toilet semua penuh dgn org...so org ni bagi hint kat org dalam la konon nak suruh org dalam tu keluar cepat...dia pun dok bertalbiah sorg2 depan toilet tu...daripada slow suara dia dah makin lama makin kuat..tp kawan yg dok dlm toilet tu tetap xkeluar2...kesian kan...sb tu aku ckp sepatutnya kita duduk kat tempat yg toilet dan air yg terhad mcm ni kita patut fikir pasal org lain juga...kesian pakcik tu tp aku tak tahu apa kesudahannya sebab org yg bercerita tu hanya cerita smpai situ je...
ok nanti kita sambung lagi kisah lepas balik dari Mina ek...ni ada sikit gmbr masa melontar...
memulakan lontaran di hari pertama
bersama mama yg gagah melontar walaupun tgh demam :)
ni la group yg pergi melontar awal pd hari terakhir
aku dan mama bersama empat beradik...eh yg ada dua je kt sini hihihi...