Haji itu Arafah...
Itu yg sering diperkatakan...bertapa pentingnya wuquf di Arafah...sb sesiapa yg mengerjakan haji tapi dia xwuquf di Arafah maka dia pergi kesana makan angin tanpa dpt menyempurnakan ibadah hajinya...
beberapa hari di Arafah + Muzdalifa + Mina merupakan hari yg sangat penting...disini la semua para jemaah diuji...bayangkan semua jemaah yg terdiri dari berapa ribu orang ditempatkan di dalam satu maktab..dibahagi2 kan dalam sebuah khemah yg dibina dari kain2 dan beralaskan sebidang karpet yg xbrapa tebal di atas tanah yg xrata...duduk disitu bermalam disitu..tandas dan bekalan air yg disediakan sangat terhad...masa ni semua jemaah kelihatan sama je...semua berpakaian ihram...yg lelaki xkira pangkat atau darjat semua hanya mengenakan dua helai kain yg menutupi badan dan tetap tidur dikhemah yg sama...
bg aku ni pengalaman yg indah...org kata selama beberapa hari itu merupakan gambaran awal di Padang Masyar nanti...semua sama tiada yg lebih dan tiada yg kurang...
selalu kita dgr org ckp sebelum bergerak ke Arafah sediakan sedikit makanan kerana takut makanan tak mencukupi...tp pengalaman setelah aku ke sana makanan teramat banyak smpai berlebih2an...tak habis makan pun..Syeikh haji menyediakan byk sgt bekalan makanan...sehinggakan kami pulak bagi sedekah makanan2 tersebut pada org2 yg memerlukan hihihi...
mcm2 ragam sewaktu di Arafah...ada yg potong line utk ke tandas...ada yg kena bangun tgh malam sebab nk masuk toilet tanpa beratur panjang dan ada yg kena ambil wudhuk menggunakan air dalam botol mineral kerana Q ditoilet terlalu panjang...
25102012 merupakan hari wuquf..hari ini sangat penting...semua para jemaah membuat persiapan diri utk menghadaoi hari ini...hari Arafah mempunyai kelebihan tersendiri..
Sabda Rasulullah s.a.w. "Hari ini (Arafah( siapa yang menguasai pendengaran,penglihatan dan lidah, maka dosanya diampuni Allah"
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda "Tiada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
hari ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah...kemudian kami dihidangkan dengan sarapan pagi...nasi lemak yg disediakan syeikh haji...nasi lemak org arab ada sedikit beza la kan dgn nasi lemak malaysia...tp kami makan je tnpa byk ckp...kemudian ustaz mengambil alih tugas dgn mengajak kami bersolat Dhuha sebanyak 8 rakaat...ustaz kata sunnah Nabi buat solat Dhuha 8 rakaat ni...ustaz bimbing kami dgn solat 4 rakaat secara berjemaah dan 4 rakaat lagi buat secara persendirian..lepas solat Dhuha kami disajikan dengan kuliyah Dhuha....
tp time kuliyah Dhuha tu aku ngn mama p lari sat sb kami mendapat lawatan terhormat dari papa hehehe....lepas kuliyah kami semua berehat sebentar...kemudian Paman ngn Pak Suffian (petugas Asari Murni) menghantar hidangan makanan tengahhari utk kami...semua pakat menjamu selera sebab kami tak mahu kelaparan disaat zikir Arafah nanti...zikir Arafah ni panjang dan mengambil masa yg agak lama...lepas makan kami semua bersiap2 utk solat Zohor dan Asar secara jamak tamam (dua waktu yg digabungkan tanpa memendekkan rakaat yg asal)...
setelah selesai solat dan khutabah Arafah kami memulakan zikir Arafah dibimbing oleh Ustaz Rodi...mmg kami berterima kasih pada ustaz kerana telah membimbing zikir sejak dari mula hingga akhir zikir...setelah selesai berzikir kami mengambil tempat masing2 dan berdoa secara bersendirian...tapi syg waktu utk kami jemaah Asari Murni sedikit terhad kerana kami antara kumpulan yg awal yg akan bergerak ke Muzdalifah...mengikut jadual kami akan bergerak selepas waktu Asar...so kami semua siap sedia mengemas semua barang2 dan setelah selesai kami menunggu bas sambil menggunakan ruang yg ada utk menyambung doa2 yg kami hajati...
masa telah berganjak ke waktu Maghrib tapi pakej kami belum dipanggil oleh petugas tabung haji...ustaz memutuskan utk kami bersolat jemaah Maghrib dan Isyak secara jamak tamam...selesai solat kami dipanggil oleh petugas tabung haji utk ke tempat menunggu bas...kami diarah utk masuk ke dlm satu kawasan yg dipanggil 'kandang' hihihih...sebelum menaiki bas kami dibekalkan dgn bekalan makanan utk santapan selama di Muzdalifah...
perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah hanya mengambil masa yg sangat singkat...kami tiba di Muzdalifah lebih kurang jam 8 malam...kami di arahkan berkumpul di satu kawasan utk menempatkan barang2 dan duduk bagi yg uzur..selepas itu kami bergegas utk mengutip ank batu yg akan kami gunakan utk melontar jamrah pada 10 - 13 Zulhijjah nanti...anak batu yg diperlukan oleh seorang jemaah ialah 70 biji..7 biji diperlukan pada 10 Zulhijjah...21 biji diperlukan pada setiap hari dari 11 - 13 Zulhijjah (21x3=63)...
malam itu kami bermalam di hotel seribu bintang...kami bermalam di Muzdalifah sementara tunggu utk bergerak ke Mina berbantalkan lengan (eh ktorg bawa bantal so berbantal kan bantal la kan hihiih) dah bertilam kan tikar...oh lupa berbumbungkan langit...pengalaman yg sgt seronok...ntah la mungkin bila kita mensyukuri nikmat Allah s.w.t. maka kita akan rasa semuanya dipermudahkan oleh Allah dan semua keadaan dihadapi tanpa rasa susah :)
lebih kurang pukul 12 mlm kami diarahkan utk menaiki bas dan bergerak ke Mina...perjalanan ke Mina hanya menambil masa selama 15-20 minit sahaja...kami tiba di Maktab 98 di Mina...Alhamdulillah Maktab kami hampir dengan terowong utk kami menuju ke Jamarah...ini bermakna perjalanan kami utk melontar pada esk hari tidak terlalu jauh jika dibandingkan dgn Maktab yg lain...kami masuk ke khemah dan berehat kerana esok ada tugas penting utk kami...
tp b4 tu nk gak cerita kejadian b4 kami berehat tu...kami di beri 2 khemah iaitu 1 khemah utk jemaah lelaki dan 1 lagi utk jemaah perempuan...mula2 kami masuk jemaah perempuan diarahkan utk masuk ke khemah hadapan...tp bila kami masuk Ya Allah hanya muat utk duduk sahaja...tanpa ruang lebih duduk pun ngam2 mcm zaman skolah duduk dlm dewan...bila kami bincang2 ngn ustaz kami putuskan utk tukar khemah kerana jemaah wanita lebih byk berbanding jemaah lelaki...lepas tukar khemah mereka membahagikan org2...kerana 1 khemah boleh memuatkan 16 org jemaah...kami ada 2khemah yg bersambung dgn jumlah jemaah wanita 32 org...ini bermakna kami membahagikan 16org utk satu khemah..aku dan kak Az ambil tempat betul2 berhampiran air panas..siap pesan kt yg lain if nak amik air panas sila bgtau takut tertumpah habis la mukaku hihihih....
tp malam tu je kami bahagi2 tmpt tidur lepas tu sume tidur ikut dan je...masa ni xde sapa peduli mana letak kaki or kepala...disinilah kami tidur dlm keadaan kepala bertemu kepala dan kaki berlaga kaki...nk berkalih pun kena bangun dan pusing kan badan baru blh baring balik..tp Alhamdulillah semua jemaah tak bersungut dan semua dapat tidur dgn lena (itu la kelebihan jemaah asari semua boleh lena dimana2 hihihihi)...
khemah di Arafah....
ni la hotel seribu bintang..semua lena diulit mimpi hihihi...
gmbran khemah yg dipasang di Mina
serba putih...bumbung khemah di Mina...
byk khemah ni...semua khemah yg memuatkan jutaan jemaah serata dunia...






No comments:
Post a Comment