15102012 dan 16102012 merupakan aktiviti bebas utk semua para jemaah Asari Murni..utk yg buat haji tamattuk' mereka dah bebas dari larangan semasa ihram setelah mengerjakan tawaf,saie dan bergunting haritu...bagi yg mengerjakan haji ifrad pula mereka masih terikat dengan larangan semasa ihram...jadi bakal2 haji yg melaksanakan haji tamattuk' bebas utk melakukan umrah sunat tp tak digalakkan kerana orang makin padat..ini disebabkan hari wuquf makin dekat...
so rutin aku dan mama hanya la berulang alik dari hotel ke masjid...kami aim utk solat di Masjidil Haram utk setiap waktu solat...setakat ni alhamdulillah kami mampu...
17102012 merupakan ziarah pertama bagi KT90...dikhabarkan sahabat2 kami yg menaiki KT102 akan tiba di Jeddah pada petang ini...mereka terdiri dari 12 org sahaja..InsyaAllah esok kami akan bertemu mereka semua...
Ok sepatutnya KT90 dijadualkan utk ziarah dan siapa yg ingin melakukan umrah sunat boleh mengambil miqat di Ji'ranah...tp disebabkan keadaan di masjid yg semakin sesak Ustaz Ibrahim memutuskan yg kami hanya akan membuat ziarah ke tempat2 bersejarah dan tidak akn mengambil miqat di Ji'ranah...
maka pada tanggal 17102012 kami para jemaah Asari Murni telah melawat tempat2 seperti Gua Thur,Arafah,Muzdalifah,Mina,Jabal Rahmah dan kami akan lalu di perkuburan Ma'ala...ziarah di Arafah,Muzdalifah dan Mina merupakan ziarah bagi memberi gambaran awal utk jemaah haji sebelum tiba hari wuquf...disebabkan kesesakan jalan dan tempat2 yg patut kami lawat dipenuhi dgn jemaah2 dari pelbagai bangsa maka lawatan kami sgt terhad...contohnya di Jabal Rahmah bas yg kami naiki hanya boleh parking diluar..dan ia sgt jauh dari Jabal Rahmah...so Ustaz memutuskan utk sesiapa yg nak pergi tgk unta berhias atau nak ambil gambar dgn unta boleh turun...bagi yg uzur dan tak mahu bersesak2 boleh tunggu di dalam bas sahaja...
oh lupa pulak,ziarah kami ini dipimpin oleh ustaz yg dijemput khas..ustaz ni bertugas utk pakej TM Travel&Tours...ustaz yg dimaksudkan adalah Ustaz Suhaimi...ustaz ni merupakan rakan kepada Ustaz Ibrahim...dia just tolong2 je dan dia juga la yg mengambil alih tugas dgn menceritakan sejarah2 tmpt yg kami lawati...
suppose gmbr ni berlatar blkgkn Gua Thur tp xnmpk la plak gua nya huhuhu
kami bergerak balik lebih kurang jam 10.30 lebih...sampai di hotel kami naik di bilik masing2 dan bersiap2 utk ke masjid dan menunggu masuk waktu Zohor...


No comments:
Post a Comment