Thursday, December 27, 2012

hujan oh hujan....

Salam....

lama aku stop menulis kan...jgn kata aku xnk sambung menulis pasal Perjalanan Impian aku tu...aku akan smbg cuma masa skrg ni aku rest sekejap...byk benda jadi...byk yg dtg skali gus buat kn aku tergugat dan hampir xblh nak kawal diri...

buktinya harini aku hujan hampir sepanjang hari...smlm mood aku mcm hape je...dlm masa yg sama aku berdoa agar aku xkembali jadi aku yg dulu...punca hati aku yg xtetap hahaha...maybe aku terlalu sensitif...

aku tak tahu kenapa aku jadi cmni...mula2 pasal 'kwn'...kenal xlama pun...2x mesej pastu terus ilang...lawak tp itu la kenyataan...time tu gler da dtg tp aku da blh control cuma harini terbabas lg...xpe la insyaAllah aku blh kawal lg...

pastu perasaan aku yg rasa semua org berubah...sume dah bahagia n xperlukan aku...auchhh sensitif kn cik asiah skrg...hati da xkering kot huuhhu...ada antara kwn2 yg baik ngn aku xjmpe2 lg after aku blk haji haritu...yg menyedihkan mereka ada masa utk org lain..bila time aku busy...cancel n mcm2 lagi...hati bila dtg dia nk sensitif bnde kecik pun jd besar...

yg seterusnya kewangan...kesempitan kewangan buat aku xhepi...n lagi xhepi bila bos aku da la hold gaji bln 10 aku..pastu bila da byr xmcm yg aku bayangkan...aku faham la gaji bln 10 aku sikit sb aku amik cuti...bln 11 aku xdpt gaji for the whole month pn aku blh consider lagi walhal org lain pun keja smpai 9hb je kan...tp yg aku xpaham apasal gaji bln 12 pun dia potong??aku keja penuh 18hari mcm org lain gak...aku rasa mcm mentang kan selama ni aku diam je so dorg ske2 je nk amik kesempatan...mmg buat jiwa kacau tau...

bende lain buat aku hujan??erm aku mmg akn jadi gini kalau aku baru je attend mana2 wedding...so xyah sembang panjang...aku pun mls cerita huhuhuh...

so ok la aku nk stop da...minta diri dlu ye :)



Thursday, December 13, 2012

Surat untuk Calon Suamiku

Salam....

hah ni la selingan yg aku maksudkan sebelum ni hihihihi....surat ni aku nak share je...aku amik dari sebuah buku tulisan Burhan Sodiq...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ke hadapan calon suamiku...

Apa khabar imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?

Wahai calon suamiku...

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawabannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.

Calon suamiku...

Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapakan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekalkan ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredaan Allah dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku...

Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; "Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta pada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. "

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah...

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya. Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku...

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


p/s: ni mmg aku copy paste abes..aku salin sebijik2 siap ngn bilangan noktah yg sama hihihih....




Perjalanan Impian 6

Salam....

korg xbosankan pasal semenjak dua tiga menjak ni entry sume pasal cite kt Makkah + Madinah...kalo bosan skip la tp mmg dah niat dihatiku yg kiut miut ni selagi xabes cite pasal pengalaman kat sana maka xwujudlah entry lain...tp mungkin kalo ada benda menarik aku akn mencelah la kot antara entry perjalanan impian ni ngn entry yg aku rasa best tu...

ok sambung entry yg sblm ni..ktorg smpai di Mina pada tgh malam 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 Hijrah...keesokan paginya kami bgn untuk solat Subuh berjemaah...selesai solat kami bersarapan...makanan masih lagi disediakan oleh syeikh haji...kira sepanjang kami di Arafah hingga hari terakhir kami di Mina makanan mmg sama je semua disediakan oleh syeikh haji...mmg xde beza antara makanan muhasasah dan pakej...

selesai makan,ustaz buat announcement utk Asari Murni..ustaz suruh solat Dhuha xkiralah nak buat 2 rakaat atau 8 rakaat tapi sebaik2nya buat lah 8 rakaat mengikut sunnah Nabi...selesai solat Dhuha kami diminta untuk bersiap sedia dan berkumpul diluar khemah...lebih kurang jam 8.00 pagi kami berkumpul dan masing2 membawa 7biji ank batu untuk melaksanakan aktiviti melontar..ini merupakan hari pertama untuk kami melontar jamrah...pada hari ni memerlukan 7 biji anak batu sahaja kerana kami hanya perlu melontar Jamrah Aqabah sahaja...kiranya selepas melontar Jamrah Aqabah pada hari ini kami boleh bergunting maka terhasillah tahallul awwal...lepas tu boleh la berpakaian seperti biasa tapi masih ada 3 pantang larang ihram yg perlu kami jaga...

kami pun bergerak...orang agak ramai..dan kalau nak tahu sebenarnya semua jemaah dijadualkan untuk melontar pada malam hari...tapi kami memutuskan untuk ambil waktu afdhal iaitu waktu dhuha...Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...perjalanan kami berjalan lancar...mmg mula2 terasa ramainya manusia yg berjalan untuk melakukan lontaran...tapi apabila sampai di jamrah Alhamdulillah ibadah kami dipermudahkan oleh Nya dengan memberi kami laluan dan kami dapat melontar di bahagian hadapan (maksudnya xperlu melontar dari jarak jauh)...berkat pertolongan dari Yang Maha Esa dan bimbingan ustaz yg sangat2 kami kagumi hihihi....

setelah selesai kami pun berjalan balik ke khemah + Maktab masing2...bila dah sampai di khemah masing2 berehat...penat rupanya berjalan kaki untuk melontar tapi semuanya tak terasa mungkin sebab kami bergerak secara beramai2..org lain aku tak tahu yg aku tahu semangat tu berkobar2 smpai tak sabar2 nak tunggu hari seterusnya dan berjalan lagi untuk pergi melontar hehehe...

hari kedua dan ketiga (11 & 12 Zulhijjah), kami memerlukan 70 biji anak batu untuk satu hari...ustaz memilih waktu lontaran dilakukan pada malam hari pula..selepas solat maghrib + isyak dilakukan secara jamak tamam kami pun bergerak untuk menuju ke jamrah...kalo nk tahu aku mcm kesian gak kat ustaz sebab dia terpaksa berpenat lelah untuk menjaga dua maktab dalam satu masa...ingt tak yg aku de cakap ada jemaah seramai hampir 100 org yg tiba agak lewat dari kami...mereka semua duduk kat Maktab 88..so ustaz kena lah pergi ulang alik antara maktab kami 98 dan maktab mereka 88...hari pertama tu ustaz pergi ngn kami maktab 98 waktu dhuha dan mlm tu pulak ustaz pergi lagi berjalan menuju jamrah untuk bawa maktab 88 untuk melontar..kesian kan..aku yg tgk ni pun kesian je rasa...tgk mata ustaz merah je mcm org xcukup tidur huhuhuh...semoga jasa dan pengorbanan ustaz di balas oleh Allah s.w.t.

ok untuk hari kedua dan ketiga tu kami pergi melontar waktu malam..dua2 maktab iaitu 98 dan 88 bergabung malam tu...mcm pelik sikit la sb kami maktab 98 mmg xkenal muka jemaah maktab 88 tu..tp apa pun kami tetap satu..kami semua tetap jemaah Asari Murni, so xde beza la dorg dorg dan kami kami...semua sama je dan tujuan kami ke sini pun sama...Alhamdulillah untuk 2 hari tersebut juga semuanya berjalan lancar dan sekali lagi urusan kami dipermudahkan oleh Nya dengan memberi laluan untuk kami melontar di barisan hadapan...syukur sangat2 semunya berjalan lancar...

29102012 merupakan hari terakhir di Mina dan hari ini juga merupakan hari terakhir untuk melontar 3 jamrah iaitu Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah...ustaz mengumumkan yg giliran untuk kami pulang ke Mekah agak lambat..kami dianggarkan bergerak pulang jam 5 petang..jadi ustaz memutuskan untuk kami melontar pada waktu afdhal iaitu selepas waktu Zohor..tp ustaz juga xmenghalang sekiranya ada diantara kami yg nak pergi melontar waktu pagi..disebabkan kesihatan mama yg tidak memberangsangkan maka mama ajak aku pergi melontar waktu pagi..sebenarnya aku agak kecewa sebab kalo ikut hati aku nak ambil waktu afdhal tu dan pergi melontar pada waktu Zohor bersama jemaah yang lain..tp disebabkan sayangkan mama dan risaukan kesihatan mama maka aku pun ikut la pergi melontar awal...

tapi rupanya pengaruh mama ni kuat gak hihihi...bila mama cakap nak melontar awal ada juga jemaah yang lain nak ikut sekali..so lepas di hitung 18 jemaah termasuk aku dan mama yg pergi melontar waktu pagi...bila tgk balik rupanya roommate aku semua melontar waktu pagi hehehe...Alhamdulillah tanpa ustaz perjalanan kami kali ni diketuai oleh Paman dan perjalanan kami berjalan dengan lancar...kami masih dibantu oleh Yang Maha Esa dengan memberi peluang untuk kami melontar di barisan hadapan...selesai melontar kami pulang ke khemah...

masuk waktu Zohor ramai jemaah haji muhasasah dipanggil oleh petugas untuk bergerak menaiki bas dan pulang ke Mekah...baki jemaah kami termasuk ustaz bergegas siap sedia untuk melakukan lontaran terakhir...kami yg dah pergi melontar pagi tadi hanya berehat di dalam khemah dan kemas semua barang untuk pulang petang nanti...sementara menunggu jemaah yg pergi melontar pulang rupanya khemah2 di Mina telah habis dikosongkan..tinggal kami je menanti mereka pulang..sebaik mereka sampai ustaz mengarahkan semua keluar dan menuju ke arah bas...kesian para jemaah xsempat rehat...tp adillah kan ustaz pun xsempat berehat huhuhuh....

kesesakan lalu lintas menyebabkan kami sampai di Mekah hampir waktu maghrib..bila dah hampir maghrib maka jalan2 sudah dipenuhi manusia2 untuk ke masjid..jadi bas yg kami naiki xboleh masuk ke kawasan berhampiran hotel sebab hotel kami kan dekat dgn masjid..maka bas yg kami naiki berhenti di tepi terowong atas sikit dari As Safwah...so kami terpaksa tarik beg dan berjalan kaki dari situ ke hotel kami...xpe dugaan untuk kami, tp kalo ikutkan xde la jauh sangat pun nk berjalan kaki dari tmpt bas berhenti ke hotel...lebih kurang dari masjid nk balik ke hotel je :)

malam tu jemaah yg kuat tenaganya pergi solat berjemaah di masjid dan jemaah yg masih penat hanay melakukan solat di hotel penginapan sahaja...aku??hurm duduk bilik je sb aku ABC huhuhu...sedey wooo kalo ABC time kat sana...perasaan tu xtau nak kata la..sedih yg teramat tp bila fikirkan balik itu semua fitrah Allah..jadi terima dgn redha hehehe....so malam lepas makan malam semua jemaah berehat dan tidur awal sebab sisa2 penat lelah selama di Arafah + Muzdalifah + Mina masih ada...

ok ni aku nak share beberapa pengalaman sewaktu di Mina...org kata waktu wuquf merupakan hari2 dugaan untuk semua jemaah...kat sini lah kita boleh tgk mcm2 karenah manusia...siapa yg sabar untung dan siapa yg kurang sabar dan biarkan syaitan mempengaruhi tingkah lakunya maka rugi lah dia dan sia2 lah kerja2 haji yg dilakukan...org kata juga setiap perbuatan dan kata2 kita perlu difikirkan sebelum kita cakap+buat...kat sini kita cakap je terus dapat...ok masalah toilet xcukup tu mmg la menjadi isu utama time kat sini..tp bagi aku kalo semua org buang sikap pentingkan diri sendiri dan sentiasa beringat pasal org lain maka toilet tak cukup tu bukan masalah la kan...

masa kt Mina setiap maktab ada pintu belakang and depan...macam kami masuk ikut pintu depan maktab kami lah iaitu maktab 98 dan pintu belakang kami ialah maktab 86 dimana terdiri dari jemaah Thailand...kat sini sangat kelakar bagi aku sebab time nak masuk toilet aku de dengar jemaah lain bercerita yg ada selisih faham antara jemaah2 Malaysia + Thailand...bila dorg dok bergaduh kata toilet tu toilet Thailand la..ada yg ckp toilet tu toilet Malaysia la...tp dorg lupa kot sebenarnya tu semua toilet syeikh haji hihhihi...jadi xde la isu toilet tu toilet siapakan sepatutnya...

lepas tu kalo pergi mana2 toilet org pmpn mmg blh tgk byk gler pakaian yg bersidai kt tembok2 tu...siap ada yg bawa tali dan buat tmpt penyidai kat blkg khemah2 yg berdekatan dgn toilet tu...mcm2 kan..tp tu la hakikatnya...bila dah ramai sgt yg membasuh baju dan ramai yg ambil kesempatan mandi manda mcm duduk kt rumah maka setiap kali pergi toilet mmg kena beratur panjang...siapa yg sabar Alhamdulillah tp yg kurang sabar tu la yg boleh buat gaduh tu...

aku pulak, Alhamdulillah tiap kali nak masuk toilet perlu beratur sekejap dan dapat masuk..tapi aku hanya mandi malam ke dua aku berada di Mina...lepas tu mmg jamak takhir la mandi kat hotel hihihihi...dihari2 terakhir aku kat sana aku dpt tgk satu pemandangan yg mmg tak terjangka olehku...inilah akibat bila kita duduk beramai2 dan duduk bersama org yg pentingkan diri...aku ckp cmtu sb satu pagi aku bgn g toilet mcm biasa..dan tiba2 aku dok tgk ada dua org makcik ni pegang tikar dekat dgn tembok sebelum masuk toilet...rupa2nya makcik2 ni semua dah tahap tak boleh nak tahan maka dorg beramai2 buat satu group 'kencing berjemaah' huhuhu...kesian kan tp nak buat mcm mana dorg dah tak tahan dan bilik air still penuh dgn org yg mandi+basuh baju...aku hanya menggelengkan kepala je smbil dok pk 'kalo aku kat situsasi dorg cnfirm xterkeluar dah apa yg nk dikeluarkan tu ' huhuhu....

ada satu cerita ni pulak...sorg makcik ni disebabkan geram kena beratur nak masuk toilet dan kena tunggu lama dia pun ckp 'xpe nanti kalo aku dpt masuk aku nk masuk sejam..biar padan muka org yg kena tunggu'...dan bila rmai yg kata berjaga2 dgn kata2 kte terutamanya masa kat sini so kita patut nya berjaga2 la kan...nk dijadikan cerita bila makcik tu masuk toilet dia masuk mandi...dan bila dia nk keluar di xdpt keluar..sejam selepas dia masuk baru lah dia dpt bukak pintu toilet tu...fuhhh Nauzubillah kan...tu sebab kata2 dan perbuatan kita perlu di jaga..tp bg aku bnde2 tu mmg kena jaga tak kira la kat sana or kat mana2 :)

hah last ni cerita yg aku dgr dari jemaah laki hihih...ada sorg ni dia xtahan nak membuang...tp toilet semua penuh dgn org...so org ni bagi hint kat org dalam la konon nak suruh org dalam tu keluar cepat...dia pun dok bertalbiah sorg2 depan toilet tu...daripada slow suara dia dah makin lama makin kuat..tp kawan yg dok dlm toilet tu tetap xkeluar2...kesian kan...sb tu aku ckp sepatutnya kita duduk kat tempat yg toilet dan air yg terhad mcm ni kita patut fikir pasal org lain juga...kesian pakcik tu tp aku tak tahu apa kesudahannya sebab org yg bercerita tu hanya cerita smpai situ je...

ok nanti kita sambung lagi kisah lepas balik dari Mina ek...ni ada sikit gmbr masa melontar...

 memulakan lontaran di hari pertama


bersama mama yg gagah melontar walaupun tgh demam :)


ni la group yg pergi melontar awal pd hari terakhir


aku dan mama bersama empat beradik...eh yg ada dua je kt sini hihihi...




Wednesday, December 12, 2012

Perjalanan Impian 5

Salam...

Haji itu Arafah...

Itu yg sering diperkatakan...bertapa pentingnya wuquf di Arafah...sb sesiapa yg mengerjakan haji tapi dia xwuquf di Arafah maka dia pergi kesana makan angin tanpa dpt menyempurnakan ibadah hajinya...

beberapa hari di Arafah + Muzdalifa + Mina merupakan hari yg sangat penting...disini la semua para jemaah diuji...bayangkan semua jemaah yg terdiri dari berapa ribu orang ditempatkan di dalam satu maktab..dibahagi2 kan dalam sebuah khemah yg dibina dari kain2 dan beralaskan sebidang karpet yg xbrapa tebal di atas tanah yg xrata...duduk disitu bermalam disitu..tandas dan bekalan air yg disediakan sangat terhad...masa ni semua jemaah kelihatan sama je...semua berpakaian ihram...yg lelaki xkira pangkat atau darjat semua hanya mengenakan dua helai kain yg menutupi badan dan tetap tidur dikhemah yg sama...

bg aku ni pengalaman yg indah...org kata selama beberapa hari itu merupakan gambaran awal di Padang Masyar nanti...semua sama tiada yg lebih dan tiada yg kurang...

selalu kita dgr org ckp sebelum bergerak ke Arafah sediakan sedikit makanan kerana takut makanan tak mencukupi...tp pengalaman setelah aku ke sana makanan teramat banyak smpai berlebih2an...tak habis makan pun..Syeikh haji menyediakan byk sgt bekalan makanan...sehinggakan kami pulak bagi sedekah makanan2 tersebut pada org2 yg memerlukan hihihi...

mcm2 ragam sewaktu di Arafah...ada yg potong line utk ke tandas...ada yg kena bangun tgh malam sebab nk masuk toilet tanpa beratur panjang dan ada yg kena ambil wudhuk menggunakan air dalam botol mineral kerana Q ditoilet terlalu panjang...

25102012 merupakan hari wuquf..hari ini sangat penting...semua para jemaah membuat persiapan diri utk menghadaoi hari ini...hari Arafah mempunyai kelebihan tersendiri..

Sabda Rasulullah s.a.w. "Hari ini (Arafah( siapa yang menguasai pendengaran,penglihatan dan lidah, maka dosanya diampuni Allah"

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda "Tiada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

hari ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah...kemudian kami dihidangkan dengan sarapan pagi...nasi lemak yg disediakan syeikh haji...nasi lemak org arab ada sedikit beza la kan dgn nasi lemak malaysia...tp kami makan je tnpa byk ckp...kemudian ustaz mengambil alih tugas dgn mengajak kami bersolat Dhuha sebanyak 8 rakaat...ustaz kata sunnah Nabi buat solat Dhuha 8 rakaat ni...ustaz bimbing kami dgn solat 4 rakaat secara berjemaah dan 4 rakaat lagi buat secara persendirian..lepas solat Dhuha kami disajikan dengan kuliyah Dhuha....

tp time kuliyah Dhuha tu aku ngn mama p lari sat sb kami mendapat lawatan terhormat dari papa hehehe....lepas kuliyah kami semua berehat sebentar...kemudian Paman ngn Pak Suffian (petugas Asari Murni) menghantar hidangan makanan tengahhari utk kami...semua pakat menjamu selera sebab kami tak mahu kelaparan disaat zikir Arafah nanti...zikir Arafah ni panjang dan mengambil masa yg agak lama...lepas makan kami semua bersiap2 utk solat Zohor dan Asar secara jamak tamam (dua waktu yg digabungkan tanpa memendekkan rakaat yg asal)...


setelah selesai solat dan khutabah Arafah kami memulakan zikir Arafah dibimbing oleh Ustaz Rodi...mmg kami berterima kasih pada ustaz kerana telah membimbing zikir sejak dari mula hingga akhir zikir...setelah selesai berzikir kami mengambil tempat masing2 dan berdoa secara bersendirian...tapi syg waktu utk kami jemaah Asari Murni sedikit terhad kerana kami antara kumpulan yg awal yg akan bergerak ke Muzdalifah...mengikut jadual kami akan bergerak selepas waktu Asar...so kami semua siap sedia mengemas semua barang2 dan setelah selesai kami menunggu bas sambil menggunakan ruang yg ada utk menyambung doa2 yg kami hajati...


masa telah berganjak ke waktu Maghrib tapi pakej kami belum dipanggil oleh petugas tabung haji...ustaz memutuskan utk kami bersolat jemaah Maghrib dan Isyak secara jamak tamam...selesai solat kami dipanggil oleh petugas tabung haji utk ke tempat menunggu bas...kami diarah utk masuk ke dlm satu kawasan yg dipanggil 'kandang' hihihih...sebelum menaiki bas kami dibekalkan dgn bekalan makanan utk santapan selama di Muzdalifah...


perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah hanya mengambil masa yg sangat singkat...kami tiba di Muzdalifah lebih kurang jam 8 malam...kami di arahkan berkumpul di satu kawasan utk menempatkan barang2 dan duduk bagi yg uzur..selepas itu kami bergegas utk mengutip ank batu yg akan kami gunakan utk melontar jamrah pada 10 - 13 Zulhijjah nanti...anak batu yg diperlukan oleh seorang jemaah ialah 70 biji..7 biji diperlukan pada 10 Zulhijjah...21 biji diperlukan pada setiap hari dari 11 - 13 Zulhijjah (21x3=63)...


malam itu kami bermalam di hotel seribu bintang...kami bermalam di Muzdalifah sementara tunggu utk bergerak ke Mina berbantalkan lengan (eh ktorg bawa bantal so berbantal kan bantal la kan hihiih) dah bertilam kan tikar...oh lupa berbumbungkan langit...pengalaman yg sgt seronok...ntah la mungkin bila kita mensyukuri nikmat Allah s.w.t. maka kita akan rasa semuanya dipermudahkan oleh Allah dan semua keadaan dihadapi tanpa rasa susah :)


lebih kurang pukul 12 mlm kami diarahkan utk menaiki bas dan bergerak ke Mina...perjalanan ke Mina hanya menambil masa selama 15-20 minit sahaja...kami tiba di Maktab 98 di Mina...Alhamdulillah Maktab kami hampir dengan terowong utk kami menuju ke Jamarah...ini bermakna perjalanan kami utk melontar pada esk hari tidak terlalu jauh jika dibandingkan dgn Maktab yg lain...kami masuk ke khemah dan berehat kerana esok ada tugas penting utk kami...

tp b4 tu nk gak cerita kejadian b4 kami berehat tu...kami di beri 2 khemah iaitu 1 khemah utk jemaah lelaki dan 1 lagi utk jemaah perempuan...mula2 kami masuk jemaah perempuan diarahkan utk masuk ke khemah hadapan...tp bila kami masuk Ya Allah hanya muat utk duduk sahaja...tanpa ruang lebih duduk pun ngam2 mcm zaman skolah duduk dlm dewan...bila kami bincang2 ngn ustaz  kami putuskan utk tukar khemah kerana jemaah wanita lebih byk berbanding jemaah lelaki...lepas tukar khemah mereka membahagikan org2...kerana 1 khemah boleh memuatkan 16 org jemaah...kami ada 2khemah yg bersambung dgn jumlah jemaah wanita 32 org...ini bermakna kami membahagikan 16org utk satu khemah..aku dan kak Az ambil tempat betul2 berhampiran air panas..siap pesan kt yg lain if nak amik air panas sila bgtau takut tertumpah habis la mukaku hihihih....

tp malam tu je kami bahagi2 tmpt tidur lepas tu sume tidur ikut dan je...masa ni xde sapa peduli mana letak kaki or kepala...disinilah kami tidur dlm keadaan kepala bertemu kepala dan kaki berlaga kaki...nk berkalih pun kena bangun dan pusing kan badan baru blh baring balik..tp Alhamdulillah semua jemaah tak bersungut dan semua dapat tidur dgn lena (itu la kelebihan jemaah asari semua boleh lena dimana2 hihihihi)...




khemah di Arafah.... 


ni la hotel seribu bintang..semua lena diulit mimpi hihihi...



 gmbran khemah yg dipasang di Mina


 serba putih...bumbung khemah di Mina...


byk khemah ni...semua khemah yg memuatkan jutaan jemaah serata dunia...


Sunday, December 9, 2012

Perjalanan Impian 4

Salam...

18102012 hingga 23102012 merupakan aktiviti bebas bagi kami...ruang bebas tu diselangi dgn tazkirah pada jam 9 pagi yg disampai kan oleh Ustaz Mohammad Rodi Bin Abdul Rahman Al-Hafiz  
atau lebih dikenali sbg Ustaz Rodi...bermacam2 tajuk tazkirah yg disampaikan oleh ustaz...kebanyakan nya adalah peringatan bagi kami para jemaah utk menghadapi hari wuquf yg akn menjelang tiba tak lama lg...

mula2 aku jumpa ustaz aku tak tahu nak ckp cmne..ustaz nampak jenis yg pendiam dan serious..so aku mcm boleh bayang bertapa bosan utk aku menghadapi hari2 mendengar tazkirah dari dia..tapi akhirnya aku tau aku silap...dengan tak disangka2 ustaz mampu menarik perhatian kami para jemaah...erk aku xsure org lain tp aku kagum dgn cara didikan ustaz pada kami...means utk julung2 kalinya aku tertarik dan tak pernah rasa bosan dgn ceramah/tazkirah yg disampaikan oleh seorang ustaz selain dari ayah aku hihihi...gud job ustaz ;p

kerajaan Arab telah mengisytiharkan bahawa kuota tambahan diberi utk setiap negara...ada agensi2 swasta yang sanggup untuk mengambil kuota tambahan itu...semua pihak agensi swasta terpaksa bekerja keras kerana byk hotel2 yg dibeli sebelum ni telah dijual kerana sebelum ni dikatakan tahun ni kuota tambahan tidak akan diberi...

Asari Murni berjaya mendapat tambahan lebih kurang 90-100 jemaah kalau xsalah...mereka semua ditempatkan disebuah hotel yg belum siap sepenuhnya...hotel tu belum ada nama dan terletak di Misfala...sesungguhnya menjadi tetamu Allah ni kita akn berdepan dgn mcm2 ujian...dan mungkin ini ujian buat mereka...walau apa pun bagi aku sepatutnya mereka bersyukur kerana mereka antara jutaan manusia yg terpilih utk menjadi tetamu Allah pada tahun ini..

24102012 merupakan tarikh dimana kami semua para jemaah dijadualkan untuk bergerak ke Arafah...kami jemaah Asari Murni Maktab 98 telah di arahkan oleh petugas Asari Murni utk bersiap sedia di bilik masing2 seawal jam 10 pagi...kami tak dibenarkan berlegar2 dilobi kerana dikhuatiri lobi akn sesak dengan org..maklumlah hotel kami agak kecil dan kami berkongsi hotel dgn jemaah dari TM Travel & Tours...

lebih kurang jam 11 pagi kami diberi arahan utk menaiki bas...kami diarah untuk membawa hand luggage yg dibekalkan oleh Asari Murni sahaja...ini kerana tempat di Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah sgt terhad...perjalanan dari Mekah ke Arafah sebenarnya tidak lah jauh sgt..tetapi kami semua telah diuji bila driver yg memandu bas kami itu sesat dan tak tahu arah tuju huhhuhu...pekerja Asari Murni yg turut serta untuk ke Arafah telah menasihati mereka utk berhenti dan bertanya arah jalan..tetapi mereka tak mahu..hadoiii ujian ujian...tapi akhirnya kami smpai di tempat yg dituju...sekitar jam 3-4 petang kami tiba di khemah kami...

ni la keadaan khemah di Arafah

next entry kita cite pasal Arafah plak ek...maybe lmbt sket sb esok kne keja sudah huhuhuh...dh 59 hari aku bercuti dari p skolah tu ;p


Perjalanan Impian 3

Salam....

15102012 dan 16102012 merupakan aktiviti bebas utk semua para jemaah Asari Murni..utk yg buat haji tamattuk' mereka dah bebas dari larangan semasa ihram setelah mengerjakan tawaf,saie dan bergunting haritu...bagi yg mengerjakan haji ifrad pula mereka masih terikat dengan larangan semasa ihram...jadi bakal2 haji yg melaksanakan haji tamattuk' bebas utk melakukan umrah sunat tp tak digalakkan kerana orang makin padat..ini disebabkan hari wuquf makin dekat...

so rutin aku dan mama hanya la berulang alik dari hotel ke masjid...kami aim utk solat di Masjidil Haram utk setiap waktu solat...setakat ni alhamdulillah kami mampu...

17102012 merupakan ziarah pertama bagi KT90...dikhabarkan sahabat2 kami yg menaiki KT102 akan tiba di Jeddah pada petang ini...mereka terdiri dari 12 org sahaja..InsyaAllah esok kami akan bertemu mereka semua...

Ok sepatutnya KT90 dijadualkan utk ziarah dan siapa yg ingin melakukan umrah sunat boleh mengambil miqat di Ji'ranah...tp disebabkan keadaan di masjid yg semakin sesak Ustaz Ibrahim memutuskan yg kami hanya akan membuat ziarah ke tempat2 bersejarah dan tidak akn mengambil miqat di Ji'ranah...

maka pada tanggal 17102012 kami para jemaah Asari Murni telah melawat tempat2 seperti Gua Thur,Arafah,Muzdalifah,Mina,Jabal Rahmah dan kami akan lalu di perkuburan Ma'ala...ziarah di Arafah,Muzdalifah dan Mina merupakan ziarah bagi memberi gambaran awal utk jemaah haji sebelum tiba hari wuquf...disebabkan kesesakan jalan dan tempat2 yg patut kami lawat dipenuhi dgn jemaah2 dari pelbagai bangsa maka lawatan kami sgt terhad...contohnya di Jabal Rahmah bas yg kami naiki hanya boleh parking diluar..dan ia sgt jauh dari Jabal Rahmah...so Ustaz memutuskan utk sesiapa yg nak pergi tgk unta berhias atau nak ambil gambar dgn unta boleh turun...bagi yg uzur dan tak mahu bersesak2 boleh tunggu di dalam bas sahaja...

oh lupa pulak,ziarah kami ini dipimpin oleh ustaz yg dijemput khas..ustaz ni bertugas utk pakej TM Travel&Tours...ustaz yg dimaksudkan adalah Ustaz Suhaimi...ustaz ni merupakan rakan kepada Ustaz Ibrahim...dia just tolong2 je dan dia juga la yg mengambil alih tugas dgn menceritakan sejarah2 tmpt yg kami lawati...

suppose gmbr ni berlatar blkgkn Gua Thur tp xnmpk la plak gua nya huhuhu

kami bergerak balik lebih kurang jam 10.30 lebih...sampai di hotel kami naik di bilik masing2 dan bersiap2 utk ke masjid dan menunggu masuk waktu Zohor...



Saturday, December 8, 2012

Perjalanan Impian 2


Salam...

14 Oktober 2012 merupakan hari kedua aku dibumi Makkah ni...syukur alhamdulillah aku dpt menjejakkan kaki ke sini...pagi td lepas dpt bilik kami tidur kejap je sb dah mmg dekat sgt ngn waktu Subuh...kami solat subuh dibilik hotel je...

ganjaran pahala yg dijanji kan Allah s.w.t. bagi mereka yg beramal di bumi Makkah ialah 100,000 dibandingkan dari tmpt2 lain..

tepat jam 7.30pagi tu aku n mama pun tunggu la papa kt lobi hotel..jemaah lain dh siap berkumpul kt luar...tunggu punya tunggu papa lmbt..rupanya papa salah hotel..sepatutnya kalau ikut perancangan asal pakej Asari Murni ditempatkan kt hotel Diafat Al-Rashideen yg jaraknya dari Al-Haram sejauh 500meter..tp disebabkan tahun ni smpai hari kami berlepas xde kuota tambahan maka kami di'upgrade' ke hotel Dar Al-Ghanaem yg jaraknya hanya 150 meter sahaja...mmg rezeki kami para jemaah Asari Murni sgt murah..kami xkisah walaupun hotel ni agak lama tp tetap bersyukur sb dekat sgt ngn masjid...mmg tujuan dtg sini utk beribadah kan...

so papa smpai kami pun berjalan menuju Masjidil Haram...time ni dada berombak and berdebar2 sb xsabar nk tgk Kaabah dgn mata aku sendiri...nak nanges lagi rasa time tu..(haih dok reja nk nanges je hihihhi)...dlm brapa minit je kami smpai...ktorg melangkah masuk ke Masjidil Haram melalui pintu no1...pintu King Abdul Aziz...jalan beberapa langkah and aku nmpk Subahanallah cantik dan sgt besar...Kaabah...itu la kiblat kita..Ya Allah xtergambar perasaan aku...sebak dan sgt terharu aku antara hamba2 yg terpilih menjadi tetamu Allah pd thn ni...

kami pun letak kasut kt tmpt letak kasut...time ni seriously aku mcm blur blank xtau hape...so urusan letak kasut kt mana n rak nombor brape telah aku serahkan bulat2 pada papa hihhii...kami pun memulakan langkah..berhenti sekejap b4 turun tangga utk baca doa nampak Baitullah...dah selesai kami bergerak ke dataran tawaf...perasaan betul2 tenang dan aku still xpercaya aku yg berdiri kt sana...Ya Allah nikmatnya perasaan itu mmg xtergambar perasaan aku time tu...

kami berjalan menuju ke Rukun Hajarul Aswad...smpai kat lampu hijau kami pun memulakan tawaf haji utk aku n mama dan tawaf sunat utk papa...papa la yg mengepalai tawaf kami utk pertama kali...aku pun mulakan doa smpai siap 7 keliling..

lepas tawaf mama dh start pening lagi...papa ckp nk stop blh smbg saie esk or buat lepas wuquf nanti pun xpe..jujur aku ckp time tu mcm2 perasaan melanda..antara kecewa sb aku sgt excited nk saie dan risau dgn kesihatan mama...pape pun aku xnk marah or rasa pape sb aku tau kami diuji lagi oleh Allah...papa tinggalkan kami dan pegi amik air zamzam sejuk utk kami berdua..

mama baru lepas curah air zamzam kat kepala ;p

aku baca doa minum air zamzam dan minum air zamzam tu smpai habis..mama plak minum sikit air zamzam tu dan yg balance lagi sikit dia curah kat kepala dia..basah sket la telekung mama...tp Alhamdulillah lepas tu mama rasa segar dan dia ckp dia blh nk sambung utk saie...so ktorg pun turun kat basement utk saie 7 kali ulang alik antara dua bukit iaitu bukit safa dan bukit marwah...

Alhamdulillah kami selesai mengerjakan tawaf dan saie kami...setakat tu je yg kami blh lakukan dan kami masih dlm ihram..so segala pantang larang tetap kena jaga..papa pun hantar kami blk hotel dan dia pun balik ke hotel dia sb papa kne pergi Arafah kalo xsalah aku...senang cite papa ada tugas yg menanti la...

kusyuk baca doa selesai saie :)

balik bilik hotel kami pun berehat dlu sb penat smpai awal pagi tadi blom hilang lagi...disebabkan kesihatan mama xbrape ok maka kami skip solat Zohor n Asar kt masjid kami solat di bilik hotel je...Maghrib tu kami berdua pergi solat kt masjid..ni la pengalaman pertama aku...kami pegi masjid 15minit sblm masuk waktu...time tu org dh penuh sesak..kali ni mama jd tour guide aku sb aku mmg xbiasa kt situ...mama kn dh byk kali dtg so aku follow je la..mama bawa aku naik jambatan sblh kiri masjid...so ktorg naik ikut arus org yg sgt rmai...naik lagi dan lagi dan lagi...fuhh mcm xde penghujung..smpai kat satu pintu gerbang tu mmg dah xblh jalan..aku mcm dh kne tolak2..aku dok protect mama tp sbnrnya aku pun xkuat sgt..last2 mama ckp patah blk sb mmg xleh lalu..kami nk undur tp tiba2 dh azan..so kat mana kami ada tu la kami solat..

time ni la pengalaman pertama buat aku solat ditempat yg sesak..tanpa alas sejadah..dgn beg rapat kt kaki..duduk pun berhimpit2 je...disebabkan td lambat bertindak maka aku n mama kurang 1 rakaat so lepas imam bg salam kami bgn smbg 1 rakaat lg..time ni la aku ngah sujud n pak arab dok melangkah kepala aku...huhuhuhu tp ni senario yg biasa kt sini...bayangkan dlm satu masjid ni dipenuhi oleh berjuta rakayat dari serata negara...mcm2 budaya dan mcm2 gaya...

lepas solat maghrib kami pun turun ke bawah..tunggu kat luar dan masuk blk ikut pintu 6 utk solat isyak...mlm tu kami berjalan balik ke hotel..turun terus ke dewan mkn utk mkn mlm...pastu naik n tidur...kt sini mmg tidur awal...blk dari solat isyak baru 8.30 lebih cmtu...paling lambat tidur pun dlm kul 10 mlm hehe...

ok smbg nanti2 plak ek...



Perjalanan Impian 1

Salam...

harini la hari nya dimana aku akn cite pengalaman yg sgt indah dlm hidup ni...kalo korg mmg baca blog ni la kan (ceh bajet rmai la yg baca hihihhi)...mesti korg tau mana aku menghilangkan...yela blog ni dh berhabuk ku tinggalkan dekat nk 2 bulan...

ok xpe kalo korg xingt or xtau mana aku g meh sini aku kasi cite sket...mama dpt offer utk ke menunaikan ibadah haji thn ni..so disebabkan papa bertugas n dia risaukan isteri tersayang dia ni maka dia offer ktorg adik bradik utk cari sorg yg blh teman mama g sana...offer tu terbuka utk yg masih bujang...nak dijadikan cerita yg bujang tu hanya tingga aku n Fizah...tp Fizah xleh cuti sb tgh kuliyah n akn exam xlama lg..maka aku la yg dpt offer tu...aku pun amik cuti tanpa gaji utk teman mama ke sana..(untung kan jadi aku weeeee~~)

so 13 Oktorber 2012 adalah tarikh keramat dimana kami bergerak ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya...excited sgt nk p menunaikan haji tp dlm masa yg sama jantung berdebar xtau nk kata la...takut gak nk jejakkan kaki ke sana...rasa mcm byk nya dosa n mcm xlayak nk jejak Tanah Suci...

ktorg gerak dlm kul 9 pagi cmtu sb aku n mama kne daftar masuk dlm kul 12 tgh hari...semua adik bradik aku hantar ktorg kecuali Neni n family...sb time tu kesian dia ank2 dia xsihat n Ali kne warded...bila panggilan utk KT90 dibuat aku nya jantung berdegup lagi laju...huhu cm nak nanges sb cuak...tp nakkkk sgt g sana..aku ajak mama masuk dlm tp dorg dok pakat soh tgu...aku dah panic tkt kne tinggal ahahhahaha....xpe dorg pakat gelakkan aku...sekurang2nya aku de semangat berkobar nk pegi sana kan hiihhihi....

so dlm kul 11 lbh cmtu kot ktorg pun masuk dlm utk daftar n terus ke dewan utk taklimat...flite kami kul 4 ptg..so lepas taklimat kami dibawa menaiki bas utk terus ke KLIA...gler la naik bas kne escort xyah nk stop kt lampu merah semua...habis semua org bg jalan...hihihhi rasa mcm hebat gler la kan..

ktorg smpai di KLIA ktorg terus dibawa masuk dkt ngn kapal terbang tu...mmg org ckp kalo nk p haji dari kelana jaya terus naik bas n naik kapal terbang..kiranya xyah nk beratur utk check in apa bagai...semua beg n urusan dh buat kt kelana jaya siap2...so kami smpai n solat jamak zohor n asar...elok je dh siap solat kami terus naik flite...

perjalanan dari KLIA ke King Abdul Aziz International Airport (KAAIA) memakan masa lebih kurang 8 jam..so ktorg dijangka smpai 8.15malam waktu sana..lebih kurang kul 1.15 pagi waktu Malaysia...org kata bila kita menjadi tetamu Allah ni kita akn diuji dgn bermacam2 ujian kan..aku sokong sb kami mmg diuji sejak hari nk berangkat ni lagi...

mama mmg xsihat 2,3 minggu sblm kami berlepas ke sana...so ujian utk kami ialah mama pening sepanjang jalan dari KLIA ke KAAIA..sepanjang 8jam mmg kami xlena tidur sb mama mmg xleh nk tidur langsung2...

kami smpai di KAAIA on time..dlm 8 lebih tu mmg dh jejak kaki di Jeddah..Alhamdulillah semua masih berjalan lancar...so smpai sana dgn mata mengantuk nya lg (tp xrasa sgt mungkin sb aku excited yg amat kan hihihhi) ktorg kne beratur nk uruskan hal kastam..pastu beratur lg nk kne amik tiket bas utk ke Makkah...so mama gerak ke depan dlu n aku yg uruskan hal tiket tu...cuak gak la bila pak arab ni dok ckp n aku mmg xpaham...tp pak2 arab ni dh pndai ckp melayu sikit2...'selamat datang,jumpa lagi' hahahah dorg blaja la kot dh tiap2 thn org dari serata dunia dtg kn..

lepas siap urusan tiket tu semua...ktorg pun berkumpul kat satu tmpt khas utk jemaah malaysia..kt sana kami ambil kesempatan solat maghrib n isyak...elok siap solat kami dipanggil utk beratur ikut no bas yg tertulis disticker beg n blkg tag kami...bas aku no 8..dimana itu adalah bas terakhir utk KT90...kalo org dok kata dorg bas no 9 or 10 n dorg KT90 maknanya mmg dorg xde bas la hihihhi...bila tgk2 balik kat telekung n kain ihram jemaah2 yg naik bas no8 semua de tertulis Asari Murni hihihih...ok cnfirm kami xsalah bas sb kami mmg pergi sana ikut pakej Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn. Bhd...

total jemaah dlm bas kami ialah 42 org...mmg tu semua jemaah Asari Murni utk KT90...so bila org dh cukup n bas dh smpai kami pun bergerak menaiki bas...perjalanan dari KAAIA ke Makkah memakan masa dlm 6 ke 7 jam kalo xsalah aku...sepanjang perjalanan ke sana apa nk buat kan tidur je la..dh tu nk tgk jalan pun bkn nampak sb dh malam...dlm perjalanan tu mcm2 mknn ktorg dpt...dari nasi yg dibungkus utk mkn mlm ktorg smpai la berkotak2 mknn yg di sponsor oleh mcm2 pihak..ada air zamzam..ada kurma..ada biskut n mcm2 lagi la...sudahnya ktorg xcukup tgn nk pegang sume2 tu hihihihi...murah rezeki sungguh org yg dtg beribadat ni kan :)

lebih kurang kul 3 pagi kami smpai di hotel penginapan...ok hotel kami xsama dgn hotel jemaah muhasasah...kami para jemaah Asari Murni menetap dia Hotel Dar Al Ghanaem..hotel ni terletak di belakang Meridien Hotel..jarak hotel kami dgn Masjidil Haram hanya lebih kurang 150meter sahaja...Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi kemudahan pd kami...walaupun hotel ni agak sempit tp dgn jarak yg dekat tu insyaAllah mudah utk kami berulang alik dari hotel ke masjid utk solat :)

kami smpai di hotel dan terpaksa menunggu di lobi dlu utk urusan pembahagian bilik..hotel ni ada 16 tingkat dan hanya mempunyai kemudahan sebiji lif sahaja..xpe berkat kesabaran semua jemaah insyaAllah lif yg satu tu dpt dikongsi oleh kami semua tnpa ada sebarang pergaduhan...sekitar jam 3 lebih kami dh siap dibahagikan mengikut bilik masing2...

aku,mama n 3 lagi jemaah wanita (mak chah,cikda n cik aishah) ditempat kan di bilik 1504...maknanya bilik kami terletak di tingkat 15...tinggi ok so kesimpulan nya nk g mana2 mmg kne gne lif hehehehe....kawan2 sebilik dgn aku iaitu Mak Cik Aishah ni asal dari Kedah...yg lagi dua tu plak nenek n cucu..Mak Chah ni org Perlis dan cucu dia Rosnidar a.k.a Cikda ni plak duduk n keja kt Perak...cik Aishah dtg sini berdua dgn suami dia Pak Cik Hassan..cikda n mak chah plak dtg bertiga dgn ayah cikda iaitu Pak Chor (pak cik Mansor)...

subuh pagi tu kami semua solat di bilik sahaja sb masing2 masih baru..ktorg mmg nmpk masjid time otw nk ke hotel n mmg jarak dia dekat tp tkt la kot2 xreti nk balik..maklumla masjid tu besar tkt sesat plak..so Ustaz Ibrahim (petugas Asari Murni) dah announce utk kami semua tawaf n saie pada pagi tu...semua diminta berkumpul jam 7 pagi di lobi hotel..tp aku ngn mama xjoin group tu sb ktorg de ustaz sendiri hihihih...papa dh janji nk bawa kami tawaf n saie pg tu so kami follow papa je la...

ok dh panjang kot...kte smbg nanti plak ek.. :)



me and ieta di kelana jaya...muka cuak n huduh sb bam2 sgt ni huhuhu

Friday, December 7, 2012

adoiii sakittttt...........

Salam...

yeah i'm back...tp sabar ye yg ni blm lagi entry pasal perjalanan n pengalaman kt Tanah Suci...ni cite panas2 utk hari ni...

cite dia xde la best sgt pun sb yg sakit tu aku hukhukhuk...selasa hari tu aku blk kelantan saja la jmpa sedara mara..al maklum lah kami baru balik dari mengerjakan haji kan..sambil2 tu papa mmg kne blk utk hantar hadiah2 utk org yg buat upah haji melalui papa...ktorg blk kejap je selasa blk sana n semalam dh slmt smpai sini...

ok bukan tu yg aku nk cite..hahaha...ok pasal dh blk kg so baju2 utk di dobikan oleh aku sndiri agak byk la sb blk sana mmg aku xde basuh baju pun...so hari ni dok reja basuh baju la...td siap la aku basuh n sidai sume baju2 tu..so smpai waktu mkn aku pun mkn la..mkn punya mkn smbil borak2 ngn mama,papa n nina...

skali tgh dok syok2 tu mama jerit dari blkg sb hujan...aku pun belari la nk p slmt kan kain2 aku tu dari pd basah kuyup...mama dh angkat separuh n dia dh block jalan aku dgn dua tiga ampaian..so disebabkan aku tgh kabut jalan yg aku nmpk ialah lalu ikut bawah2 ampaian yg dok block jalan aku tu...

dgn gaya seorang atlet aku pun belari melalui bawah ampaian tu...fuhh gaya tu mmg da ada kalo aku masuk lari berpagar cnfirm org gerun nk lawan aku..skali aiyarkkkk aku tersadung kaki kt ampaian tu maka bergolek la aku kt atas lantai...tp aku rasa xde org nmpk kot hihihhi...

dh masuk tu pakat dok gelak kan aku..cisss kejam sungguh dorg ni kan...aku dok belek la kaki n tgn aku sb dok rasa sengal2...tp xde darah la yg ada cuma lebam2...cnfirm mlm ni dok mencucuk2 la tgn kaki bdn aku sume huuhhuu...

dlm dok gelak2 kn aku mama blh plak tiru aksi aku jatuh...arghhhh kejam tau mak aku ni huhuhuh...yg nina plak dok tnya ok ke tak..sb nya dia ckp td tiba2 dgr sore org menjerit tp halus je sore tu...harus la aku jerit halus je xkn nk jerit sekuat ati mau sat2 g org sume kerumun hihihihi....

ok la smpai situ je cite aku...ni dok nk rehatkn tgn and kaki sb da mcm de rasa2 sengal n bengkak kt tmpt lebam2 tu huhuhuh....