18102012 hingga 23102012 merupakan aktiviti bebas bagi kami...ruang bebas tu diselangi dgn tazkirah pada jam 9 pagi yg disampai kan oleh Ustaz Mohammad Rodi Bin Abdul Rahman Al-Hafiz
atau lebih dikenali sbg Ustaz Rodi...bermacam2 tajuk tazkirah yg disampaikan oleh ustaz...kebanyakan nya adalah peringatan bagi kami para jemaah utk menghadapi hari wuquf yg akn menjelang tiba tak lama lg...
mula2 aku jumpa ustaz aku tak tahu nak ckp cmne..ustaz nampak jenis yg pendiam dan serious..so aku mcm boleh bayang bertapa bosan utk aku menghadapi hari2 mendengar tazkirah dari dia..tapi akhirnya aku tau aku silap...dengan tak disangka2 ustaz mampu menarik perhatian kami para jemaah...erk aku xsure org lain tp aku kagum dgn cara didikan ustaz pada kami...means utk julung2 kalinya aku tertarik dan tak pernah rasa bosan dgn ceramah/tazkirah yg disampaikan oleh seorang ustaz selain dari ayah aku hihihi...gud job ustaz ;p
kerajaan Arab telah mengisytiharkan bahawa kuota tambahan diberi utk setiap negara...ada agensi2 swasta yang sanggup untuk mengambil kuota tambahan itu...semua pihak agensi swasta terpaksa bekerja keras kerana byk hotel2 yg dibeli sebelum ni telah dijual kerana sebelum ni dikatakan tahun ni kuota tambahan tidak akan diberi...
Asari Murni berjaya mendapat tambahan lebih kurang 90-100 jemaah kalau xsalah...mereka semua ditempatkan disebuah hotel yg belum siap sepenuhnya...hotel tu belum ada nama dan terletak di Misfala...sesungguhnya menjadi tetamu Allah ni kita akn berdepan dgn mcm2 ujian...dan mungkin ini ujian buat mereka...walau apa pun bagi aku sepatutnya mereka bersyukur kerana mereka antara jutaan manusia yg terpilih utk menjadi tetamu Allah pada tahun ini..
24102012 merupakan tarikh dimana kami semua para jemaah dijadualkan untuk bergerak ke Arafah...kami jemaah Asari Murni Maktab 98 telah di arahkan oleh petugas Asari Murni utk bersiap sedia di bilik masing2 seawal jam 10 pagi...kami tak dibenarkan berlegar2 dilobi kerana dikhuatiri lobi akn sesak dengan org..maklumlah hotel kami agak kecil dan kami berkongsi hotel dgn jemaah dari TM Travel & Tours...
lebih kurang jam 11 pagi kami diberi arahan utk menaiki bas...kami diarah untuk membawa hand luggage yg dibekalkan oleh Asari Murni sahaja...ini kerana tempat di Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah sgt terhad...perjalanan dari Mekah ke Arafah sebenarnya tidak lah jauh sgt..tetapi kami semua telah diuji bila driver yg memandu bas kami itu sesat dan tak tahu arah tuju huhhuhu...pekerja Asari Murni yg turut serta untuk ke Arafah telah menasihati mereka utk berhenti dan bertanya arah jalan..tetapi mereka tak mahu..hadoiii ujian ujian...tapi akhirnya kami smpai di tempat yg dituju...sekitar jam 3-4 petang kami tiba di khemah kami...
ni la keadaan khemah di Arafah
next entry kita cite pasal Arafah plak ek...maybe lmbt sket sb esok kne keja sudah huhuhuh...dh 59 hari aku bercuti dari p skolah tu ;p


No comments:
Post a Comment