Showing posts with label madinah. Show all posts
Showing posts with label madinah. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Perjalanan Impian 11

Salam....

entry pasal perjalanan impian dah semakin tiba di penghujung...jom kita layan sambungan cerita ni hehehe...

21112012 selama di Madinah tak byk aktiviti yg boleh kami lakukan..yela kalo kat Mekah boleh la nak tawaf sunat ke nak buat umrah sunat ke kan...kalo kat Madinah bg yg rajin boleh ke Masjid Quba' dan bersolat di sana...mana nk dpt ganjaran seperti mengerjakan 1 umrah kan...so selain ulang alik hotel ke masjid aku n mama membuat 1 aktiviti yg ktorg xbuat kat Mekah iaitu melontar hahhaah...apa lagi shopping la mana yg blm settle..

haritu aku ngn mama jalan2 pastu ktorg cari kismis besar...masuk la kedai kurma dkt bawah hotel tu...Alhamdulillah jumpa kismis yg dicari..bila nak kuar kedai tokey kedai tu suruh aku hulur tgn...dia pun bagi sumting...skali tgk mcm batu...mmg warna putih mcm batu melontar...aku tnya apa dia pun ckp 'Bismillahhi Allahhuakbar' sambil buat gaya melontar...mama plak amik satu baca bismillah n nak masuk mulut...aku ckp la jgn..org kedai tu gelak je..dia soh aku baca bismillah n makan..rupanya bnde tu cokelat yg rupa dia mmg mcm batu melontar...hahaha tp sedap...n hasil nya ktorg pergi lagi kedai tu n beli 5 paket utk bawa blk Malaysia...bukan takat tu ktorg siap promote lagi kat kwn2...abes sume beli batu tu smpai ada skali tu aku g kedai dia ckp batu tu dh abes hahahaha....

22112012 selama di Madinah aku tak xtau aku yg rasa or mmg btl yg KT90 dan KT102 mcm buat haluan masing2...bukan kata jemaah yg xok tp program kami sentiasa bercanggah time and tempat..xmcm kat Mekah aritu semua program kami bergabung...and arini merupakan satu2 nya hari dimana KT90 dan KT102 buat program ke tempat dan masa yg sama...harini kami akan solat di Masjid Quba' dan kemudian ke Lapangan Magnet....kami sewa 2 buah coaster dimana 1 diketuai oleh Ustaz Rodi dan 1 lagi diketuai oleh Ustaz Ibrahim...

aku and mama mcm biasa ktorg akn pastikan kami tiba awl utk ktorg naik coaster yg diketuai oleh ustaz kami hahahaah....and Alhamdulillah ktorg dpt apa yg ktorg nk...perjalanan yg penuh pengisian..kami memulakan perjalanan ke Quba'...ustaz pesan solat Dhuha kt sana...lepas solat kami naik coaster utk ke Lapangan Magnet plak..ustaz blanje kami kacang dan ikan bilis hihihihi....aku plak pas batu utk dikongsi bersama semua jemaah...tp ustaz xdpt rasa sb dia puasa haritu...

sepanjang perjalanan dari Quba' hingga ke Lapangan Magnet kami isi dengan bacaan surah Waqiah...seronok kan perjalanan yg tak sia2...ustaz kata solah Dhuha ialah solat minta rezeki...bila kita dah minta kita ikat rezeki dgn baca surah Waqiah plak...insyaAllah aku akan amalkan kedua2nya....

Lapangan Magnet sebenarnya tak de apa pun...tarikan tempat itu hanyalah sewaktu perjalanan ke sana kenderaan yg kte naiki akan rasa berat sgt...xboleh gerak laju kerana kenderaan tu seolah2 ditarik oleh magnet...tapi bila kte otw balik driver bas tu free kan gear kaki siap boleh bersila lagi tp kenderaan tu bergerak semakin laju sehingga mencecah 130km/j kalo xsalah aku...hebat kan kuasa Allah mmg xde tandingan...kami turun dan bergambar utk kenang2an...siap org yg jual ais krim tunggu kami lagi...turun je dari coaster dia dah siap nk hulur...sape yg nak beli boleh la...tp aku ngn mama xmkn pun ais krim sb masing2 dah batuk teruk and xok lagi huhuhhu...

dah abes amik gmbr semua kami pun balik ke hotel dan menjalani rutin seperti biasa...malam tu aku ngn mama bercadang nak masuk Raudhah..tp syg tiba2 aku ABC lagi...huhuhu dugaan2...lepas tu hari aku dipenuhi ngn sama ada duduk lepak kat bilik hotel bersama geng2 ABC yg lain or jalan2 amik gmbr je la huhuh....actually ramai je geng..ktorg panggil geng Arafah + Mina...siap blh jangka siapa org nya so senang nak cari hahaha....

25122012 merupakan hari terakhir kami di Madinah...selepas solat Asar kami akan berangkat ke airport dan akan berangkat pulang ke Malaysia...jadi pagi tu kami beramai2 melakukan ziarah wada'...tgh hari pulak ramai yg menghabiskan masa di masjid...masing2 menggunakan sepenuhnya kesempatan yg ada sebelum kami pulang...aku yg sedang bercuti menumpang kasih di bilik Kak Mas...nasib kami serupa so aku duduk menghabiskan masa dgn dia..yela bila balik Malaysia xtau dpt jumpa lagi ke tak..mana tak nya aku kat KL and Kak Mas kat Penang...

dlm dok sembang2 tu Kak Mas tiba2 buka story pasal kisah mcm mana dia dan suami dia bertemu...ala2 kisah chenta dia la...tiba2 dia kata nk share satu cerita dgn aku...rupanya dia ada satu agenda rahsia...mmg aku xsangka dan aku mengaku ada sedikit rasa terharu dgn apa yg dia buat...yela ktorg kenal sebulan tp dia buat satu agenda rahsia yg berkaitan dgn aku...niat dia baik tp kita hanya merangcang Tuhan yg menentukan semua kan...apa agenda tu biar la menjadi rahsia aku...erk means rahsia aku n siapa2 yg tau la aku xkn kongsi kat sini...tp pelik dlu kalau ada org buat mcm yg Kak Mas buat mmg aku amuk habis2an tp kali ni aku boleh gelak je dgr cerita dia..mungkin berkat berada dia Tanah Suci...tp cerita tu abes smpai situ je xde progress pun hehehe...

malam tu Kak Mas skali lagi buat aku terharu bila dia hantar kami smpai kami naik bas...thnx kakak  ku syg...mmg la bertambah syg aku kat kakak aku yg sorg ni hehehe....ustaz Rodi pun ada bersama masa kami nak naik bas...siap jumpa sorg2 n salam jemaah lelaki time ktorg atas bas...rasa sedih pulak bila memikirkan nanti kami dah xdpt nk berkumpul utk tazkirah dan melakukan aktiviti2 serta mengisi masa dgn pengisian ibadah bersama2 huhhuuhu...

xlama lepas tu aku tgk ustaz dah bergerak meninggalkan tmpt bas kami...aku ingt dia nk ke Hotel Al Israk...tp ada benda lain yg jadi...dan ini sekali lagi buat aku terharu...sesampainya kami di luar lapangan terbang Madinah kami nmpk Ustaz Rodi, Paman dan Pak Sufian ada kt sana...rupanya dorg kesana menaiki teksi...terharu gler...siap time bas jalan nk ke pintu masuk airport mereka bertiga siap lambai2 kami dgn semangat dan siap buat tanda bagus utk kami2 semua...uwaaaa rindu semua jemaah Asari Murni...thnx to ustaz jasa mu ku kenang :)

turun dari bas kami beratur utk check in...lepas check in kami dpt sorg satu tafsir Al Quran...kemudian menunggu seketika...masa ni kami gunakan masa utk menunaikan solat...kemudian kami semua menaiki bas utk dibawa ke tmpt menaiki kapal terbang...bas berhenti betul2 berhampiran kapal terbang...kami naik dlm flight dan kali ni aku tidur semahu2nya...mata mcm digam2 xleh nak buka hahahah...

lebih kurang jam 12 tgh hari waktu Malaysia kami tiba di KLIA....turun dari kapal terbang kami bersalam2 dan bertukar nombor telefon...semoga satu hari nanti kami dpt buat reunion or kami akan dipertemukan lagi ditempat mula2 kami berkenalan..Amin...

maka tamat la kisah Perjalanan Impian ku....(kesat2 air mata rindu memenuhi ruang dada huhuhuhu)....

 di hadapan Masjid Nabawi, Madinah...


 Al Haram ni la rumah kami sepanjang di Madinah :)


rombongan Ustaz Rodi dia Lapangan Magnet hihhi...


Sunday, January 13, 2013

Perjalanan Impian 10

Salam....

malam masih muda so aku terasa nak terus kan cerita impian ni...mcm amik masa lama sgt je...padahal dah sbln lebih aku blk..xlama lagi dah nk genap 2 bulan bermastautin di Malaysia kembali huhuhu...

16112012 merupakan tarikh keramat dimana kami jemaah Asari Murni KT90 akan berangkat ke Madinah...terkilan sedikit kerana beberapa hari lepas kami dimaklumkan yg jemaah Asari Murni KT90 & KT102 akan berangkat bersama2 ke Madinah..tapi semalam kami dimaklumkan yang KT102 akan berangkat 2 hari lewat dari kami...ini bermakna Ustaz Rodi tak kn bersama2 kami untuk ke Madinah...ok jgn salah faham..aku mengagumi ustaz sebab bila pergi kemana2 dgn dia which is bila dia jadi ketua rombongan setiap perjalanan tu diisi dgn pengisian yg sebaik2 nya...makna kata perjalanan tu xkan dibiarkan sia2 lah...

kami diberi arahan utk tawaf wada' selepas solat asar...selesai solat kami berkumpul di dataran tawaf...kononnya nak tawaf wada' bersama2...tapi disebabkan kena menunggu semua berkumpul maka macam terlewat sedikit...bila semua dah smpai kami pun memulakan tawaf wada'...mula2 semua masih dlm kumpulan..tp tak lama lepas tu mama dah start pasang gear aku pun follow je la hehehe...

selesai tawaf wada' kami solat sunat tawaf...lepas tu kami berdoa...aku berdoa bersungguh2...yg aku minta supaya segala permintaan aku dimakbulkan Allah...dan aku mohon permintaan para sahabat yg lain juga di makbulkan...last dan yg berkali2 aku ulang supaya Allah menjemput lagi aku menjadi tetamu Nya...xkira mcm mana cara sekali pun...aku berharap dapat menjadi tetamu Allah lagi sekurang2nya sekali setahun...mmg menitis air mata..terasa xpuas aku duduk kat sana...xpuas nak bersolat jemaah di Masjidil Haram...terasa xpuas nk tawaf mengelilingi kaabah tak kira masa...xpuas berulang alik dari hotel ke masjid tanpa memikirkan hal dunia...nikmat semasa berada disana tak dpt nak aku gambarkan...nikmat yg tak terhingga...

selesai solat dan berdoa kami bergegas pulang ke hotel...bas dah sedia menanti...kami naik ke bilik utk mengambil hand luggage...tp last2 hand luggage pun kami humban kat atas bumbung bas...kami diuji dgn perjalanan ke Madinah selama hampir 7-8 jam dgn menaiki bas yg xberapa nak cantik...jarak antara kerusi sedikit sempit membuatkan ramai yg kejang kaki...tp xpe kami semua sabar menghadapi ujian tu...

makan dan tidur didalam bas mmg menjadi pengalaman kami...sekitar jam 9-10 malam kami berhenti di satu perhentian...aku dan mama mengambil peluang bersolat jamak maghrib dan isyak...perjalanan diteruskan sehingga ke Madinah...sekitar jam 1.30 pagi kami tiba di hotel Al Haram, Madinah...

selesai urusan bilik kami mencari hand luggage masing2...beg besar kami xuruskan lagi kerana mengikut perjanjian beg2 tu akan diuruskan oleh pihak hotel....mereka akan letak beg tu di floor kami...

17112012 skali lagi kami diuji...beg besar tak muncul2 walaupun sudah masuk waktu Subuh..maka ramailah yg bersolat subuh di hotel...selepas solat kami ber'tawaf' di hotel..dari tingkat 14 sehingga groundfloor mencari mana beg kami...tapi satu beg besar kepunyaan Asari Murni tak kelihatan...kalau ikutkan jadual kami pagi tu kami ada Ziarah Dalam...tapi kerana beg tetap tak ditemui maka ustaz cancel kan program tersebut...

setelah me'round' hotel akhirnya kami temui beg2 kami...tersusun elok kat pintu blkg berhampiran pos malaysia beroperasi...kami pun mengangkut beg2 tersebut sendirian berhad...tak dan nak tunggu org hantar dah sebab masing2 nak amik beg cepat dan mandi....

selesai mandi dan berehat sebentar kerana saki baki penat berjalan semalam belum hilang...sekitar jam 10 pagi aku dan mama ke Masjid Nabawi menunaikan solat dhuha dan kemudian terus tunggu masuk waktu Zohor...selesai solat kami balik ke hotel menjamu selera...kemudian sambung berehat di bilik...dan seterusnya ke masjid lagi utk menunaikan solat Asar, Maghrib dan Isyak....

18112012 kami bersolat Subuh di masjid seperti biasa...cuaca di Madinah agak sejuk...nak mandi pun mcm liat sikit hehehe...pagi tu selepas sarapan ustaz mengarahkan kami berkumpul di lobi jam 7.30 pagi untuk Ziarah Dalam...kami bergegas ke bilik utk berehat dan bersiap...

jam 7.30 pagi kami berkumpul di lobi...ustaz datang bersama seorang ustazah...Ustazah Rahmah nama nya...ikut dari cara dia bercakap aku menjangkakan dia merupakan warga Indonesia..ustazah akan membimbing kami jemaah wanita utk masuk ke Raudhah...di Madinah lelaki dan perempuan di asingkan...pintu juga berlainan...jemaah wanita ada pintu khas..Raudhah juga terasing..bagi jemaah lelaki mereka blh masuk Raudhah pada bila2 masa...bagi jemaah wanita pula hanya ada 3 waktu iaitu selepas Subuh...selepas Zohor dan selepas Isyak...

maka kami pun bergerak ke sana...dalam jam 9 pagi lebih kami tiba..nak masuk bukan senang...kami kena sabar menunggu bangun duduk menjadi perkara biasa utk masuk ke dalam Raudhah...akhirnya kami dapat masuk ke dalam Raudhah....kami dpt bersembahyang didalam Raudhah..bukan solat 2 rakaat tapi 4 rakaat...syukur Alhamdulillah...ni semua kerana kami merupakan jemaah terakhir...Raudhah utk jemaah wanita dah nak ditutup kerana nak bagi laluan utk solat Zohor...skali lagi nikmat yg teramat sgt dpt bersolat di dalam Raudhah...antara makam dan mimbar adalah taman2 syurga...lama kami dpt bersujud dan berdoa waktu tu...Alhamdulillah

19112012 merupakan Ziarah Luar...kami pergi ke Masjid Quba dan bersolat 2 rakaat...kelebihan solat di masjid Quba ialah bila kita berwudhuk di rumah kita dan bersolat 2 rakaat di masjid Quba seperti pahala 1 umrah...sesungguhnya Allah Maha Pemurah....tinggal kita hamba2Nya utk mengambil peluang yg telah diberi....setelah selesai kami bergerak ke Uhud...disitu la tempat dimana 70 orang Syuhada Uhud dimakamkan...kemudian kami dibawa melihat Masjid Qiblatain...kali ni kami tak turun pun..kami hanya melihat masjid itu dlm kaeadaan bas yg bergerak...kemudian kami dibawa ke Ladang Kurma...disitu ramai yg pakat dok pulun borong kurma..aku dan mama juga tak ketinggalan...tapi kami just beli cokelat...cokelat Madinah ni besar2 hehehe....lepas berjual beli kami pun menaiki bas menuju hotel..agak tergesa2 kerana kami nak mengejar masa agar sempat berjemaah di Masjid Nabawi...

20112012 sekali lagi kami Ziarah Dalam...haritu jemaah wanita hanya sempat masuk Raudhah je...jemaah lelaki lagi la hampeh...dorg xsempat ziarah mana2 lagi sebab masing2 dok sibuk bergambar haritu huhuhuh...sabar je la kan...so kami berjalan di luar masjid..kami semua menuju perkuburan Baqi'...disinilah isteri2 dan puteri2 Nabi Muhammad di makamkan....setelah itu kami berjalan lagi...kali ni kami nampak kubah hijau dekat masjid..dibawah kubah hijau itu lah Nabi Muhammad s.a.w dimakamkan...disebelah makam nabi pula ialah makam 2 sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar...kami memberi salam pada Nabi Muhammad dan para sahabat....kemudian kami meneruskan perjalanan...

kami keluar dari perkarangan masjid menuju ke sebuah taman...ditaman tu tenang je..banyak pokok kurma...ustaz kata itu la tempat nabi berehat2 dlu..tp itu ustaz yg cakap aku pun tak tahu kesahihan cerita itu...sempat lah kami bergambar...lepas tu ustaz bawa kami ke pasar tamar moden hehehe...kami masuk ke Bin Dawood kat groundfloor ada jual tamar...tapi aku ngn mama xjoin pun..ktorg g bjalan ke tempat lain dan shopping sikit2...pastu ktorg balik bilik berehat sambil menunggu waktu solat...

ok sambung lain kali pulak...mata dah ketat hehehehe...gud nite :)

bergambar sebelum masuk Raudhah...


berlatar belakangkan Masjid Quba'...


 bersama mama ziarah Syuhada Uhud...

perkuburan Baqi'...


 santai bergambar setelah Ziarah Dalam...


 bergambar bersama di Ladang Kurma...





Perjalanan Impian 9

Salam....

brape hari dah aku menyepi and hari ni aku muncul...nak smbg cerita yg tergantung tu hihih...ala tgk tajuk entry pun tau kn cerita pasal apa...ok jom layan :)

13112012 merupakan hari istimewa bagi kami para jemaah asari murni...mana tak nya ustaz janji dan bawa kami masuk ke satu tmpt..istimewa bagi aku sebab selama aku dok dengar org dok bercerita pasal pengalaman dorg menunaikan haji atau umrah xpernah lagi aku dengar ustaz dari mana2 pakej sanggup bawa masuk para jemaah ke tempat yg kami nk masuk ni...

hari ni ustaz minta kami berkumpul di lobi pukul 8.30 pagi..ustaz nak cuba bawa kami masuk ke Hijir Ismail...seronok dan excited sangat2...kalo tgk kat tv keadaan di dataran tawaf mmg la buat kita fikir 'boleh ke nk masuk hijir ni?'..tp ustaz ni usaha dia kuat..dia janji nk bawa masuk kami2 ni..dia kata utk jamin semua masuk insyaAllah blh tp time nk keluar tu pandai2 la hehehe...bukan bermakna dia xbertanggungjawab tp mmg logik la..doa masing2 semua tak sama...ada yg doa nya pendek dan ada juga yg doa berjela panjang nya...kalo nk keluar pun sama2 mmg susah sb terlalu ramai org nk masuk dlm hijir nak solat dlm tu dan berdoa...dan ramai juga yg berebut nk pegang kaabah...

kami tiba dimasjid jam 9 pagi..keadaan agak lengang berbanding biasa..sb time ni ramai org yg kuat tenaga pergi miqat utk menunaikan umrah sunat..kami masuk masjid beramai2...ustaz bawa kami turun ke dataran tawaf...ustaz arahkan solat sunat dhuha 2 rakaat...lepas tu ktorg berkumpul...ustaz kata kalau biasa kita dok tgk jemaah2 dari Indonesia jalan utk tawaf dlm kumpulan dan dorg jln mcm keretaapi so hari ni ktorg plak yg akan buat cm tu heheehe...ustaz suruh pegang kwn2 kuat2 jgn smpai ada ruang utk org pisahkan kami...

kami tak buat tawaf sunat..ustaz kata lepas keluar nanti kalau ada yg nak buat blh teruskan...kami pun memulakan perjuangan utk masuk ke hijir...alhamdulillah kami berjaya masuk...kes ditolak2 kne kepit tu mmg lumrah...tmpt yg kecil tp nk dipenuhi dgn beribu org so mmg blh bayang la cmne kan...alhamdulillah aku n mama sempat solat dan pegang kaabah...seronok tak terkata aku...kami keluar bersama 4 beradik tu hihihi...

lepas keluar kami duduk berehat ditangga...kak chak ngn kak chik terus ke dataran tawaf utk tawaf sunat..aku mmg teringin tp aku n mama dah janji nak jmpa papa kul 10 pagi...so ktorg berehat sekejap smbil minum air zamzam...sempat la snap beberapa keping gmbr berlatar blkg kan kaabah...

setelah berehat aku n mama bergegas pulang ke hotel...tp time nak ambil selipar tu aku ajak mama masuk kandang (hehehe tmpt solat wanita dh pun dihadang dgn rak2 Quran) utk sujud syukur..itu tanda nya aku bersyukur kerana diberi kesempatan dan dipermudahkan oleh Nya utk kami masuk dan bersolat di dalam Hijir Ismail...lepas tu kami pulang ke hotel menanti papa...papa ajak ktorg pergi Saffwah nak cari buah tangan utk anak dan menantu...

14112012 merupakan hari bebas bagi kami...kami tak de sebarang aktiviti...kalau ikut kan harini merupakan hari yg ustaz janji utk bawa jemaah yg berminat pergi panjat Gua Hira'...ikut pada perminataa hanya jemaah asari maktab 88 je yg berminat...maktab kami asal nya ada yg berminat iaitu kak hani dan suami nya Hj.Yusof...tp sebab xde org lain dorg pun cancel la plan nk memanjat tu...tp kesian ustaz sebab last minit cancel..jemaah asari maktab 88 dah pergi ke tanaiem utk mengerjakan umrah..dorg kata ustaz xhabaq..mcm pelik sebab kami yg maktab 98 ni pun tau planning ustaz...xpe la mungkin ada salah faham kot kan...

15112012 ada jemaah yg tak berkesempatan solat di dalam hijir minta utk ustaz bawa kami masuk ke sana kali kedua...ustaz pun set tarikhnya harini waktu seperti hari pertama kami masuk...kali ni tak ramai yg pergi..hanya 12org kalau tak salah aku...mama pun xjoin sb mama takut demam lagi...so kami pun berkumpul di lobi dan berjalan ke masjid...kali ni ustaz ajak kami tawaf sunat dulu...selesai tawaf sunat kami solat sunat tawaf...kemudian kami berkumpul dan skali lagi ustaz berjaya membawa kami masuk ke dalam hijir...Alhamdulillah syukur atas nikmat yg Allah beri pada kami semua...

kali ni kami dpt solat dan pegang kaabah lebih lama...sesi ditolak tu still ada tapi dah kurang sikit sebab rmai jemaah dah pulang ke negara masing2 dan ada yg dah berangkat ke Madinah....waktu ni la aku dpt satu pengalaman bila waktu aku solat di dalam hijir...sebelum salam org bertolak2 sehingga aku hampir2 tak boleh bangun dan hampir dihempap...kes ni mama papa pun tak tahu..aku xnak dorg risau...alhamdulillah umur aku masih panjang dah aku bersyukur kerana Allah bantu aku waktu tu...

selepas keluar dari hijir aku pergi ke ruang solat dan menunaikan solat dhuha..aku tunggu kak mas tapi tak nampak tuan punya badan...aku tgk uncang kasut masih ditempatnya lagi...mula2 ingt nk tunggu tapi kesian mama kat hotel..takut lmbt plak aku nak siap2 solat zohor nanti..so aku pun blk...masa nak balik tu jumpa Cik Su (tinggi) dan ustaz...ustaz tegur 'aik dalam ramai2 tadi dua je yg tinggal'...aku senyum je...ada yg lain tp dorg semangat p tawaf sunat lagi heheh...maklum la kami KT90 akan berangkat ke Madinah esok...

perasaan nak tinggal kan Kota Mekah tak tergambar...sedih sgt2..ni baru nk tinggal kan Kota Mekah utk ke Madinah..belum lagi nak tinggal kan Tanah Haram utk pulang ke Malaysia...maka hujan la aku di Kota Mekah ni huhuhuh...rasa xmo balik lagi...34 hari di Mekah terlalu singkat...

ok entry seterusnya kita sambung cerita perjalanan ke menuju Madinah dan pengalaman di Madinah plak ok...see ya





Sunday, January 6, 2013

Perjalanan Impian 8

Salam...

kebosanan aku sepanjang hari...minggu ni sunyi sikit rumah sb xde sape yg dtg lepak umah mama...kak long baru lps kne cucuk lutut...arie p outstation...ieta ada singgah tp kejap2 je...uqi dah blk pilah sb kes umah dia xde air...neni xbrape sihat maklum la tgh peknen...yati de sedara hady dtg umah...nina dh slmt abes pantang 44hari so dia blk rawang la...fizah busy exam....time cmni adik bradik aku yg org dok kata rmai tu pn aku rasa mcm sikit je huhuhuhu...

ok berbalik pada tujuan entry ni...kali ni aku nak smbg cerita perjalanan impian yg sgt2 menjadi impian sehingga aku tulis ni pn blh buat aku rasa rindu smpai nak nanges huhuhuhu....cut cut cut...sila straight to Ampang Point ye hihihhii....

08112012 sekali lagi kami warga Asari Murni pergi ziarah sekaligus amik miqat utk mengerjakan umrah...kali ni destinasi miqat kami di Ji'ranah...ok ni ziarah ke tmpt yg sama bagi kali kedua utk KT 90 dan pertama kali  utk KT 102...kes nya ustaz ckp nak bawa g Ji'ranah time last skali nanti sb aritu 02112012 sepatutnya KT 102 ke Ji'ranah tp ditunda...so KT 90 plak dik bising kata b4 wuquf kami just p ziarah je tak p wat umrah pun...so ustaz pun amik keputusan utk p Ji'ranah dan kami dari KT 90 dialu2kan...lagi pun bas dorg sewa sebijik tp KT 102 hanya ada 12 org je..so xsalah pun kalo KT 90 nak tumpang...

maka kami pun bersiap2 la..kami ke kaki Gua Thur...kemudian ke Jabal Rahmah dimana bukit yg dipanggil bukit kasih syg...disitu la Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa dipertemukan setelah terpisah selama 40thn...kat situ berlumba2 org pergi doa...dorg kata sape nk cpt dpt jodoh blh doa kat situ...tp bagi aku dimana2 pun blh nak berdoa...aku saja je panjat dah alang2 smpai kan so nak la naik atas bukit tu...xde la tinggi sangat n panjat pun panjat tangga hehehe...tp blh tahan terbatuk2 gak la bila sa smpai puncak..ustaz ajak doa beramai2 tp jgn menghadap batu hitam putih yg mcm org dok buat..tkt jadi lain plak sb mcm percaya kt batu tu..so ustaz kumpul jemaah asari dan doa beramai2 menghadap kiblat....

ada juga jemaah yg dah tak larat tu xnaik bukit...dorg tunggu dlm bas dan ada gak yg amik kesempatan naik unta..kat sini la slh sorg jemaah iaitu Cik Su ngn Cik Yam amik gmbr + naik unta smpai abes RS300...mana tak nya sekeping gmbr kalo org tu amik dia jual RS10...dorg da bantai amik 20 keping...pastu dorg naik unta kne RS100 pdhal mama n papa kata biasa kne RS10 je...huhuhu xpe la anggap la rezeki bangla2 yg amik gmbr n jaga unta tu huhuhu....

lepas ke Jabal Rahmah kami ke Padang Arafah..Mina..dan Jamrah..tp sume tu lalu dgn bas je...xberhenti n turun pun...mcm Jamrah tu mmg ditutup selepas waktu haji...time lalu tu pun dah rindu yg amat masa2 wuquf haritu...bayangkan lah blm lagi blk Malaysia...time tu aku masih di bumi Makkah Al Mukarramah tp aku dah mulai merindu suasana disana...so mmg xsalah la bila aku teramat amat amat amat rindu keadaan disana bila aku blk sini kan...

lepas tu solat di masjid Ji'ranah...dlm perjalanan pulang kami lalu dan tgk Gua Hira'...ustaz de ckp sape nak daki Gua Hira' blh bg nama nt dia set time lain utk panjat..aku teringin sgt2 tp syg mama papa xbenarkan..dorg kata sgt berisiko huhuhu...pastu kami lalu di perkuburan Ma'ala...

last smpai hotel mcm biasa aku terus selesaikan umrah...disebabkan kesihatan mama tak ok and mama papa amik keputusan utk bawa mama ke hospital tmpt papa bertugas maka tinggal la ank mereka yg comel lagi naif ni sorg2 huhuhu...actually dari time pergi Hudaibiyah tu mama tak ikut sb tak sihat tp time tu mama berehat dlm bilik je...so aku ngn geng tawaf + saie aku mengerjakan umrah...geng aku tak lain tak bukan aku,Kak Mas,Haji Leman and Ustaz Rodi la hehheh...kenapa ktorg geng??sb ktorg je pengikut setia Ustaz Rodi tiap kali buat umrah...

mlm tu kami berkumpul ditingkat 16...ada bacaan Yassin...selesai bacaan Yassin,Ustaz Rodi buat sedikit tazkirah pendek tentang keberkatan buat tawaf sunat...masa terbaik dia kata dlm kul 2-3 pagi sb masa tu para malaikat turun..ala2 tukar shift la..so mcm bertawaf bersama para malaikat...so dia ajak kami siapa yg nak join la tunggu dia kul 2.45 pagi di lobi..siapa lambat kne tinggal...

maka pagi tu kami pun berkumpul..tunggu punya tunggu ustaz xmuncul2...ktorg da decide nk tinggal ustaz (hahahaha xde la memain je)...last2 kul 3 ustaz turun and terus gerak mmg xtunggu2 dah...maka kami pun seramai 12 org kalo xsalah mengerjakan tawaf sunat pagi tu..ustaz dah pesan jemaah perempuan lepas selesai tawaf elok pegi cari tmpt dlm masjid baru buat solat sunat tawaf baru selesa...lepas selesai tawaf sunat yg lain pakat nak cari juga tmpt nk solat sunat tawaf di dataran tawaf..tp aku ngn Kak Mas decide utk solat kt basement mcm biasa...so kami berpecah la...

09112012 kami tak ada program apa2...disebabkan harini hari Jumaat maka takzirah kami ditunda atau dibatalkan...sb ustaz kata xmo dah solat jumaat kt luar masjid sb kalo buat tazkirah mcm last week depa jd lmbt g masjid and terpaksa solat jumaat berbumbungkan cahaya matahari hihihihi...
lepas solat subuh aku and Kak Mas kononnya nak g Saffwah Tower sb nak g klinik amik ubat batuk...skali bila kami keluar lif mak aiiii rmainya org tak tau nak kata...smpai hampir rapat ke lif da org beratur tgu giliran...so ktorg decide utk batalkan niat suci murni kami..sume pakat da rasa sihat tiba2 hehehe...so ktorg pn jalan2 cari makan la kt bawah tu...lepas mkn dtg plak Kak Azlia,Mak Teh ngn Kak Zaini...so aku teman la dorg shopping....pastu blk hotel and buat rutin mcm biasa...cuma time tu ktorg xp la solat jumaat sb org tgh rmai lg...

10112012 skali lagi kami mengerjakan ibadah umrah...kali ni kami amik miqat di Tanaiem sb situ yg paling dekat...mmg xde ziarah2 dah sb mmg tujuan utk buat umrah je...so mcm biasa smpai dihotel selepas berniat semua tu aku and the geng (geng tawaf + saie) terus bergegas kemasjid utk menyelesaikan kerja umrah kami...tp kali ni aku,Kak Mas and ustaz je...rupanya Haji Leman demam so dia xde la...

11112012 mama dah pulang mlm tadi dan Alhamdulillah sudah semakin sihat....harini solat subuh mcm biasa...selesai sarapan kami terserempak dgn ustaz..ustaz pesan suruh berkumpul di lobi jam 9 pagi...dia nak bawa kami ronda2 keliling masjid...mama ckp dia xmo ikut sb nk kumpul tenaga nak buat umrah esok...so aku dgn jemaah lain je la yg pegi...tp mcm biasa bila ada program apa2 pun jemaah wanita je yg rmai...jemaah lelaki ntah hilang kemana huhuhu....so bak kata mak teh kami yg p ni geng lutut tak longgar hehehe...depa yg lutut longgar sume pakat rehat...maka kami pun berjalan2 mengelilingi Masjidil Haram....kt situ ustaz tunjuk kat mana tapak rumah nabi...kat mana yg dikatakan tmpt nabi dilahirkan...kat mana tmpt persidangan dan tapak rumah abu jahal...selesai berlegar2 dikeliling masjid maka kami pun pulang...

12112012 merupakan hari terakhir mengikut jadual utk kami mengerjakan umrah...sekali lagi kami amik miqat di Tanaiem...kali ni geng tawaf + saie kami ramai sikit la...selain geng yg biasa mama and Kak Zaini pn turut serta...tapi time tawaf Haji Leman dah terlepas ke depan...so kami dh terpisah dgn dia time tu...selesai tawaf kami p solat sunat tawaf...lepas solat dan berdoa ustaz tak perasan kami kat mana..so ustaz pun terus laju je menuju tmpt saie tingkat satu..tp aku ngn mama smpt ikut..cuma ye la kan ustaz lelaki so dia de lari2 anak dari mula lampu hijau smpai habis kan..so kami agak ketinggalan..kak mas and kak zaini plak menyusul blkg kami sb kak zaini berdoa panjang lps solat tadi...tp selesai solat semua kami berlima terserempak lagi kat tmpt air zamzam...ustaz hanya tersenyum memandang kami hihihihi....

nanti smbg lagi ek....slmt mencuci mata dgn gmbr2 kat bawah ni :)

 berlatar blkgkn Jabal Thur...tp mcm xnmpk sgt je hehehe...


 ustaz dah bising2 soh doa dlu hihihi....cpt2 amik gmbr jap


 ni la puncak bukit kasih syg...eh yg lelaki tu la ustaz kami :)


 selesai solat di Masjid Tanaiem...sementara tunggu jemaah lelaki


ni la geng lutut tak longgar..aku+k.azlia+k.chik+k.mas+k.chak

 amik gmbr dkt ngn burung merpati b4 ronda2 masjid..


 with kakak2ku...k.hani+cikda+k.chak+k.ita+k.mas


Tuesday, January 1, 2013

Perjalanan Impian 7

Salam...

Fuhh lama aku berehat dari menulis pasal perjalanan impian ni...last aku tulis tahun lepas kan...hihihih poyo sungguh cik asiah ni ;p
ok2 kita smbg ek...last aku tulis ktorg bergerak balik dari Mina pulang ke Mekah kan....

01112012 setelah berehat beberapa hari maka hari ni ustaz putuskan utk jemaah yg belum selesai tawaf n saie haji utk melakukan tawaf n saie bersama2 ustaz Rodi...maka ramai la yg masih belum  selesai join ustaz...tp malang sedikit bagi aku sb aku still ABC...so kne tunggu next time buat sendiri...masa ni xtau nak kata perasaan tu..tp Allah tau apa yg terbaik utk kita kan...

kalau ikut jadual 02112012 merupakan ziarah + umrah pertama buat KT 102...tp disebabkan keadaan masih lagi sesak dgn jutaan manusia maka ustaz sekali lagi memutuskan utk tunda ke tarikh yg akan dimaklum kan...so pada hari ni kami ganti program dgn pengisian tazkirah yg disampaikan oleh ustaz,..

03112012 aku,papa n mama decide utk buat tawaf haji...saie haji ktorg dah siap2 buat skali ngn tawaf qudum dlu...selesai tawaf mama request nk g klinik kat Saffwah Tower..bila kami keluar suprise!!! selipar kami hilang...yg tinggal uncang selipar aku n mama je...hahaha time tu Alhamdulillah xde kata nk rasa marah ke apa...maybe sb dah niat if pape jadi redha je maka bila jd cmni aku gelak je la...

lepas balik dari klinik ktorg singgah kedai ais krim sblh farmasi...upah la konon sb dah selesai kerja haji...tp bila siap makan tu perit nye tekak ni hanya Allah yg tahu...pastu batuk yg dah nak reda tu menjadi2 balik huhuhhuu...pastu taubat dah aku xmo mkn ais krim lg hihhii...

bila smpai je kat bilik aku rasa nk menjerit pun ada...mana tak nya ujian dtg melanda..time ni hujan aku di Kota Mekah ni...semua gara2 kerja haji aku sebenarnya xselesai lg...huhuhuh sedih tp dlm masa yg sma cuba fikir positif...keluar masuk toilet la keja aku sepanjang hari tu...muka plak monyok je...haih mmg xpenyabar cik asiah ni huhuhu...

04112012 ikut jadual kami ada ziarah + umrah...utk hari ni kami pergi amik miqat kat Tanaiem...destinasi utk miqat yg paling dekat..hari ni xde berjalan ke mana pun...just pergi masjid A'aisyah berniat ihram dan balik ke Mekah...tp untuk kali ni aku just bersiar2 je la...aku xbuat umrah sebab tawaf haji aku blom selesai..so aku just pergi teman mama buat umrah....

sampai je kat hotel aku + mama terus ke masjid...kami selesaikan tawaf dan saie...mama buat tawaf umrah dan aku tawaf haji...bila mama buat saie umrah aku plak exercise hihihihi....seronok dpt buat semua2 ni walaupun hanya niat teman je...sb mmg xde saie sunat ye hihihi....

balik2 kesian mama sebab kesihatan yg mengganggu mama terus demam xleh bangun...smpai kan akhirnya mama dikejarkan ke hospital...

06112012 hari ni merupakan hari lahir aku yg ke 27....hurm walaupun dengan angka yg agak byk dan kehidupan yg xstabil (kerjaya yg xmenjamin hidup dan jodoh yg xmuncul2 tu) tp tetap buat aku gembira n bersyukur...yela sewaktu usia sebegini aku dianugerahkan anugerah yg tak terhingga...dpt jejak kaki ke Tanah Suci dah satu hal...dpt mengerjakan haji diusia begini lg satu hal...hal lain plak dpt celebrate bday kt tempat yg sgt2 aku impikan utk pergi...dan dikuatkan aku smbut ulang tahun disisi mama dan papa iaitu org yang paling paling aku syg...so apa lg aku nk minta kn....

ada lagi yg buat aku rasa bday thn ni amat bermakna...hadiah terbesar selain aku dpt mengerjakan haji thn ni...dan aku berada dimana aku berada pd ketika itu...hari jadi aku merupakan hari yg sama aku mengerjakan umrah wajib...sebab tu aku ckp Allah dah rangcang baekkk punya...b4 ni aku sedih sb xdpt nak sama2 mengerjakan umrah wajib dgn mama 4 November haritu..tp rupa2nya Allah nk hadiahkan umrah wajib aku tu sempena hari jadi aku...syukur sgt2...

kali ni destinasi ziarah + umrah kami di Hudaibiyah...kami pergi ke masjid Hudaibiyah dan semasa perjalanan balik tu kami singgah di ladang unta...maka aku dpt la celebrate bday aku ngn unta-unta sekalian hahahaha....

ok nanti smbg lagi...ada lagi 3 kali ziarah + umrah selepas ni :)









Thursday, December 13, 2012

Perjalanan Impian 6

Salam....

korg xbosankan pasal semenjak dua tiga menjak ni entry sume pasal cite kt Makkah + Madinah...kalo bosan skip la tp mmg dah niat dihatiku yg kiut miut ni selagi xabes cite pasal pengalaman kat sana maka xwujudlah entry lain...tp mungkin kalo ada benda menarik aku akn mencelah la kot antara entry perjalanan impian ni ngn entry yg aku rasa best tu...

ok sambung entry yg sblm ni..ktorg smpai di Mina pada tgh malam 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 Hijrah...keesokan paginya kami bgn untuk solat Subuh berjemaah...selesai solat kami bersarapan...makanan masih lagi disediakan oleh syeikh haji...kira sepanjang kami di Arafah hingga hari terakhir kami di Mina makanan mmg sama je semua disediakan oleh syeikh haji...mmg xde beza antara makanan muhasasah dan pakej...

selesai makan,ustaz buat announcement utk Asari Murni..ustaz suruh solat Dhuha xkiralah nak buat 2 rakaat atau 8 rakaat tapi sebaik2nya buat lah 8 rakaat mengikut sunnah Nabi...selesai solat Dhuha kami diminta untuk bersiap sedia dan berkumpul diluar khemah...lebih kurang jam 8.00 pagi kami berkumpul dan masing2 membawa 7biji ank batu untuk melaksanakan aktiviti melontar..ini merupakan hari pertama untuk kami melontar jamrah...pada hari ni memerlukan 7 biji anak batu sahaja kerana kami hanya perlu melontar Jamrah Aqabah sahaja...kiranya selepas melontar Jamrah Aqabah pada hari ini kami boleh bergunting maka terhasillah tahallul awwal...lepas tu boleh la berpakaian seperti biasa tapi masih ada 3 pantang larang ihram yg perlu kami jaga...

kami pun bergerak...orang agak ramai..dan kalau nak tahu sebenarnya semua jemaah dijadualkan untuk melontar pada malam hari...tapi kami memutuskan untuk ambil waktu afdhal iaitu waktu dhuha...Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...perjalanan kami berjalan lancar...mmg mula2 terasa ramainya manusia yg berjalan untuk melakukan lontaran...tapi apabila sampai di jamrah Alhamdulillah ibadah kami dipermudahkan oleh Nya dengan memberi kami laluan dan kami dapat melontar di bahagian hadapan (maksudnya xperlu melontar dari jarak jauh)...berkat pertolongan dari Yang Maha Esa dan bimbingan ustaz yg sangat2 kami kagumi hihihi....

setelah selesai kami pun berjalan balik ke khemah + Maktab masing2...bila dah sampai di khemah masing2 berehat...penat rupanya berjalan kaki untuk melontar tapi semuanya tak terasa mungkin sebab kami bergerak secara beramai2..org lain aku tak tahu yg aku tahu semangat tu berkobar2 smpai tak sabar2 nak tunggu hari seterusnya dan berjalan lagi untuk pergi melontar hehehe...

hari kedua dan ketiga (11 & 12 Zulhijjah), kami memerlukan 70 biji anak batu untuk satu hari...ustaz memilih waktu lontaran dilakukan pada malam hari pula..selepas solat maghrib + isyak dilakukan secara jamak tamam kami pun bergerak untuk menuju ke jamrah...kalo nk tahu aku mcm kesian gak kat ustaz sebab dia terpaksa berpenat lelah untuk menjaga dua maktab dalam satu masa...ingt tak yg aku de cakap ada jemaah seramai hampir 100 org yg tiba agak lewat dari kami...mereka semua duduk kat Maktab 88..so ustaz kena lah pergi ulang alik antara maktab kami 98 dan maktab mereka 88...hari pertama tu ustaz pergi ngn kami maktab 98 waktu dhuha dan mlm tu pulak ustaz pergi lagi berjalan menuju jamrah untuk bawa maktab 88 untuk melontar..kesian kan..aku yg tgk ni pun kesian je rasa...tgk mata ustaz merah je mcm org xcukup tidur huhuhuh...semoga jasa dan pengorbanan ustaz di balas oleh Allah s.w.t.

ok untuk hari kedua dan ketiga tu kami pergi melontar waktu malam..dua2 maktab iaitu 98 dan 88 bergabung malam tu...mcm pelik sikit la sb kami maktab 98 mmg xkenal muka jemaah maktab 88 tu..tp apa pun kami tetap satu..kami semua tetap jemaah Asari Murni, so xde beza la dorg dorg dan kami kami...semua sama je dan tujuan kami ke sini pun sama...Alhamdulillah untuk 2 hari tersebut juga semuanya berjalan lancar dan sekali lagi urusan kami dipermudahkan oleh Nya dengan memberi laluan untuk kami melontar di barisan hadapan...syukur sangat2 semunya berjalan lancar...

29102012 merupakan hari terakhir di Mina dan hari ini juga merupakan hari terakhir untuk melontar 3 jamrah iaitu Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah...ustaz mengumumkan yg giliran untuk kami pulang ke Mekah agak lambat..kami dianggarkan bergerak pulang jam 5 petang..jadi ustaz memutuskan untuk kami melontar pada waktu afdhal iaitu selepas waktu Zohor..tp ustaz juga xmenghalang sekiranya ada diantara kami yg nak pergi melontar waktu pagi..disebabkan kesihatan mama yg tidak memberangsangkan maka mama ajak aku pergi melontar waktu pagi..sebenarnya aku agak kecewa sebab kalo ikut hati aku nak ambil waktu afdhal tu dan pergi melontar pada waktu Zohor bersama jemaah yang lain..tp disebabkan sayangkan mama dan risaukan kesihatan mama maka aku pun ikut la pergi melontar awal...

tapi rupanya pengaruh mama ni kuat gak hihihi...bila mama cakap nak melontar awal ada juga jemaah yang lain nak ikut sekali..so lepas di hitung 18 jemaah termasuk aku dan mama yg pergi melontar waktu pagi...bila tgk balik rupanya roommate aku semua melontar waktu pagi hehehe...Alhamdulillah tanpa ustaz perjalanan kami kali ni diketuai oleh Paman dan perjalanan kami berjalan dengan lancar...kami masih dibantu oleh Yang Maha Esa dengan memberi peluang untuk kami melontar di barisan hadapan...selesai melontar kami pulang ke khemah...

masuk waktu Zohor ramai jemaah haji muhasasah dipanggil oleh petugas untuk bergerak menaiki bas dan pulang ke Mekah...baki jemaah kami termasuk ustaz bergegas siap sedia untuk melakukan lontaran terakhir...kami yg dah pergi melontar pagi tadi hanya berehat di dalam khemah dan kemas semua barang untuk pulang petang nanti...sementara menunggu jemaah yg pergi melontar pulang rupanya khemah2 di Mina telah habis dikosongkan..tinggal kami je menanti mereka pulang..sebaik mereka sampai ustaz mengarahkan semua keluar dan menuju ke arah bas...kesian para jemaah xsempat rehat...tp adillah kan ustaz pun xsempat berehat huhuhuh....

kesesakan lalu lintas menyebabkan kami sampai di Mekah hampir waktu maghrib..bila dah hampir maghrib maka jalan2 sudah dipenuhi manusia2 untuk ke masjid..jadi bas yg kami naiki xboleh masuk ke kawasan berhampiran hotel sebab hotel kami kan dekat dgn masjid..maka bas yg kami naiki berhenti di tepi terowong atas sikit dari As Safwah...so kami terpaksa tarik beg dan berjalan kaki dari situ ke hotel kami...xpe dugaan untuk kami, tp kalo ikutkan xde la jauh sangat pun nk berjalan kaki dari tmpt bas berhenti ke hotel...lebih kurang dari masjid nk balik ke hotel je :)

malam tu jemaah yg kuat tenaganya pergi solat berjemaah di masjid dan jemaah yg masih penat hanay melakukan solat di hotel penginapan sahaja...aku??hurm duduk bilik je sb aku ABC huhuhu...sedey wooo kalo ABC time kat sana...perasaan tu xtau nak kata la..sedih yg teramat tp bila fikirkan balik itu semua fitrah Allah..jadi terima dgn redha hehehe....so malam lepas makan malam semua jemaah berehat dan tidur awal sebab sisa2 penat lelah selama di Arafah + Muzdalifah + Mina masih ada...

ok ni aku nak share beberapa pengalaman sewaktu di Mina...org kata waktu wuquf merupakan hari2 dugaan untuk semua jemaah...kat sini lah kita boleh tgk mcm2 karenah manusia...siapa yg sabar untung dan siapa yg kurang sabar dan biarkan syaitan mempengaruhi tingkah lakunya maka rugi lah dia dan sia2 lah kerja2 haji yg dilakukan...org kata juga setiap perbuatan dan kata2 kita perlu difikirkan sebelum kita cakap+buat...kat sini kita cakap je terus dapat...ok masalah toilet xcukup tu mmg la menjadi isu utama time kat sini..tp bagi aku kalo semua org buang sikap pentingkan diri sendiri dan sentiasa beringat pasal org lain maka toilet tak cukup tu bukan masalah la kan...

masa kt Mina setiap maktab ada pintu belakang and depan...macam kami masuk ikut pintu depan maktab kami lah iaitu maktab 98 dan pintu belakang kami ialah maktab 86 dimana terdiri dari jemaah Thailand...kat sini sangat kelakar bagi aku sebab time nak masuk toilet aku de dengar jemaah lain bercerita yg ada selisih faham antara jemaah2 Malaysia + Thailand...bila dorg dok bergaduh kata toilet tu toilet Thailand la..ada yg ckp toilet tu toilet Malaysia la...tp dorg lupa kot sebenarnya tu semua toilet syeikh haji hihhihi...jadi xde la isu toilet tu toilet siapakan sepatutnya...

lepas tu kalo pergi mana2 toilet org pmpn mmg blh tgk byk gler pakaian yg bersidai kt tembok2 tu...siap ada yg bawa tali dan buat tmpt penyidai kat blkg khemah2 yg berdekatan dgn toilet tu...mcm2 kan..tp tu la hakikatnya...bila dah ramai sgt yg membasuh baju dan ramai yg ambil kesempatan mandi manda mcm duduk kt rumah maka setiap kali pergi toilet mmg kena beratur panjang...siapa yg sabar Alhamdulillah tp yg kurang sabar tu la yg boleh buat gaduh tu...

aku pulak, Alhamdulillah tiap kali nak masuk toilet perlu beratur sekejap dan dapat masuk..tapi aku hanya mandi malam ke dua aku berada di Mina...lepas tu mmg jamak takhir la mandi kat hotel hihihihi...dihari2 terakhir aku kat sana aku dpt tgk satu pemandangan yg mmg tak terjangka olehku...inilah akibat bila kita duduk beramai2 dan duduk bersama org yg pentingkan diri...aku ckp cmtu sb satu pagi aku bgn g toilet mcm biasa..dan tiba2 aku dok tgk ada dua org makcik ni pegang tikar dekat dgn tembok sebelum masuk toilet...rupa2nya makcik2 ni semua dah tahap tak boleh nak tahan maka dorg beramai2 buat satu group 'kencing berjemaah' huhuhu...kesian kan tp nak buat mcm mana dorg dah tak tahan dan bilik air still penuh dgn org yg mandi+basuh baju...aku hanya menggelengkan kepala je smbil dok pk 'kalo aku kat situsasi dorg cnfirm xterkeluar dah apa yg nk dikeluarkan tu ' huhuhu....

ada satu cerita ni pulak...sorg makcik ni disebabkan geram kena beratur nak masuk toilet dan kena tunggu lama dia pun ckp 'xpe nanti kalo aku dpt masuk aku nk masuk sejam..biar padan muka org yg kena tunggu'...dan bila rmai yg kata berjaga2 dgn kata2 kte terutamanya masa kat sini so kita patut nya berjaga2 la kan...nk dijadikan cerita bila makcik tu masuk toilet dia masuk mandi...dan bila dia nk keluar di xdpt keluar..sejam selepas dia masuk baru lah dia dpt bukak pintu toilet tu...fuhhh Nauzubillah kan...tu sebab kata2 dan perbuatan kita perlu di jaga..tp bg aku bnde2 tu mmg kena jaga tak kira la kat sana or kat mana2 :)

hah last ni cerita yg aku dgr dari jemaah laki hihih...ada sorg ni dia xtahan nak membuang...tp toilet semua penuh dgn org...so org ni bagi hint kat org dalam la konon nak suruh org dalam tu keluar cepat...dia pun dok bertalbiah sorg2 depan toilet tu...daripada slow suara dia dah makin lama makin kuat..tp kawan yg dok dlm toilet tu tetap xkeluar2...kesian kan...sb tu aku ckp sepatutnya kita duduk kat tempat yg toilet dan air yg terhad mcm ni kita patut fikir pasal org lain juga...kesian pakcik tu tp aku tak tahu apa kesudahannya sebab org yg bercerita tu hanya cerita smpai situ je...

ok nanti kita sambung lagi kisah lepas balik dari Mina ek...ni ada sikit gmbr masa melontar...

 memulakan lontaran di hari pertama


bersama mama yg gagah melontar walaupun tgh demam :)


ni la group yg pergi melontar awal pd hari terakhir


aku dan mama bersama empat beradik...eh yg ada dua je kt sini hihihi...




Wednesday, December 12, 2012

Perjalanan Impian 5

Salam...

Haji itu Arafah...

Itu yg sering diperkatakan...bertapa pentingnya wuquf di Arafah...sb sesiapa yg mengerjakan haji tapi dia xwuquf di Arafah maka dia pergi kesana makan angin tanpa dpt menyempurnakan ibadah hajinya...

beberapa hari di Arafah + Muzdalifa + Mina merupakan hari yg sangat penting...disini la semua para jemaah diuji...bayangkan semua jemaah yg terdiri dari berapa ribu orang ditempatkan di dalam satu maktab..dibahagi2 kan dalam sebuah khemah yg dibina dari kain2 dan beralaskan sebidang karpet yg xbrapa tebal di atas tanah yg xrata...duduk disitu bermalam disitu..tandas dan bekalan air yg disediakan sangat terhad...masa ni semua jemaah kelihatan sama je...semua berpakaian ihram...yg lelaki xkira pangkat atau darjat semua hanya mengenakan dua helai kain yg menutupi badan dan tetap tidur dikhemah yg sama...

bg aku ni pengalaman yg indah...org kata selama beberapa hari itu merupakan gambaran awal di Padang Masyar nanti...semua sama tiada yg lebih dan tiada yg kurang...

selalu kita dgr org ckp sebelum bergerak ke Arafah sediakan sedikit makanan kerana takut makanan tak mencukupi...tp pengalaman setelah aku ke sana makanan teramat banyak smpai berlebih2an...tak habis makan pun..Syeikh haji menyediakan byk sgt bekalan makanan...sehinggakan kami pulak bagi sedekah makanan2 tersebut pada org2 yg memerlukan hihihi...

mcm2 ragam sewaktu di Arafah...ada yg potong line utk ke tandas...ada yg kena bangun tgh malam sebab nk masuk toilet tanpa beratur panjang dan ada yg kena ambil wudhuk menggunakan air dalam botol mineral kerana Q ditoilet terlalu panjang...

25102012 merupakan hari wuquf..hari ini sangat penting...semua para jemaah membuat persiapan diri utk menghadaoi hari ini...hari Arafah mempunyai kelebihan tersendiri..

Sabda Rasulullah s.a.w. "Hari ini (Arafah( siapa yang menguasai pendengaran,penglihatan dan lidah, maka dosanya diampuni Allah"

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda "Tiada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

hari ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah...kemudian kami dihidangkan dengan sarapan pagi...nasi lemak yg disediakan syeikh haji...nasi lemak org arab ada sedikit beza la kan dgn nasi lemak malaysia...tp kami makan je tnpa byk ckp...kemudian ustaz mengambil alih tugas dgn mengajak kami bersolat Dhuha sebanyak 8 rakaat...ustaz kata sunnah Nabi buat solat Dhuha 8 rakaat ni...ustaz bimbing kami dgn solat 4 rakaat secara berjemaah dan 4 rakaat lagi buat secara persendirian..lepas solat Dhuha kami disajikan dengan kuliyah Dhuha....

tp time kuliyah Dhuha tu aku ngn mama p lari sat sb kami mendapat lawatan terhormat dari papa hehehe....lepas kuliyah kami semua berehat sebentar...kemudian Paman ngn Pak Suffian (petugas Asari Murni) menghantar hidangan makanan tengahhari utk kami...semua pakat menjamu selera sebab kami tak mahu kelaparan disaat zikir Arafah nanti...zikir Arafah ni panjang dan mengambil masa yg agak lama...lepas makan kami semua bersiap2 utk solat Zohor dan Asar secara jamak tamam (dua waktu yg digabungkan tanpa memendekkan rakaat yg asal)...


setelah selesai solat dan khutabah Arafah kami memulakan zikir Arafah dibimbing oleh Ustaz Rodi...mmg kami berterima kasih pada ustaz kerana telah membimbing zikir sejak dari mula hingga akhir zikir...setelah selesai berzikir kami mengambil tempat masing2 dan berdoa secara bersendirian...tapi syg waktu utk kami jemaah Asari Murni sedikit terhad kerana kami antara kumpulan yg awal yg akan bergerak ke Muzdalifah...mengikut jadual kami akan bergerak selepas waktu Asar...so kami semua siap sedia mengemas semua barang2 dan setelah selesai kami menunggu bas sambil menggunakan ruang yg ada utk menyambung doa2 yg kami hajati...


masa telah berganjak ke waktu Maghrib tapi pakej kami belum dipanggil oleh petugas tabung haji...ustaz memutuskan utk kami bersolat jemaah Maghrib dan Isyak secara jamak tamam...selesai solat kami dipanggil oleh petugas tabung haji utk ke tempat menunggu bas...kami diarah utk masuk ke dlm satu kawasan yg dipanggil 'kandang' hihihih...sebelum menaiki bas kami dibekalkan dgn bekalan makanan utk santapan selama di Muzdalifah...


perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah hanya mengambil masa yg sangat singkat...kami tiba di Muzdalifah lebih kurang jam 8 malam...kami di arahkan berkumpul di satu kawasan utk menempatkan barang2 dan duduk bagi yg uzur..selepas itu kami bergegas utk mengutip ank batu yg akan kami gunakan utk melontar jamrah pada 10 - 13 Zulhijjah nanti...anak batu yg diperlukan oleh seorang jemaah ialah 70 biji..7 biji diperlukan pada 10 Zulhijjah...21 biji diperlukan pada setiap hari dari 11 - 13 Zulhijjah (21x3=63)...


malam itu kami bermalam di hotel seribu bintang...kami bermalam di Muzdalifah sementara tunggu utk bergerak ke Mina berbantalkan lengan (eh ktorg bawa bantal so berbantal kan bantal la kan hihiih) dah bertilam kan tikar...oh lupa berbumbungkan langit...pengalaman yg sgt seronok...ntah la mungkin bila kita mensyukuri nikmat Allah s.w.t. maka kita akan rasa semuanya dipermudahkan oleh Allah dan semua keadaan dihadapi tanpa rasa susah :)


lebih kurang pukul 12 mlm kami diarahkan utk menaiki bas dan bergerak ke Mina...perjalanan ke Mina hanya menambil masa selama 15-20 minit sahaja...kami tiba di Maktab 98 di Mina...Alhamdulillah Maktab kami hampir dengan terowong utk kami menuju ke Jamarah...ini bermakna perjalanan kami utk melontar pada esk hari tidak terlalu jauh jika dibandingkan dgn Maktab yg lain...kami masuk ke khemah dan berehat kerana esok ada tugas penting utk kami...

tp b4 tu nk gak cerita kejadian b4 kami berehat tu...kami di beri 2 khemah iaitu 1 khemah utk jemaah lelaki dan 1 lagi utk jemaah perempuan...mula2 kami masuk jemaah perempuan diarahkan utk masuk ke khemah hadapan...tp bila kami masuk Ya Allah hanya muat utk duduk sahaja...tanpa ruang lebih duduk pun ngam2 mcm zaman skolah duduk dlm dewan...bila kami bincang2 ngn ustaz  kami putuskan utk tukar khemah kerana jemaah wanita lebih byk berbanding jemaah lelaki...lepas tukar khemah mereka membahagikan org2...kerana 1 khemah boleh memuatkan 16 org jemaah...kami ada 2khemah yg bersambung dgn jumlah jemaah wanita 32 org...ini bermakna kami membahagikan 16org utk satu khemah..aku dan kak Az ambil tempat betul2 berhampiran air panas..siap pesan kt yg lain if nak amik air panas sila bgtau takut tertumpah habis la mukaku hihihih....

tp malam tu je kami bahagi2 tmpt tidur lepas tu sume tidur ikut dan je...masa ni xde sapa peduli mana letak kaki or kepala...disinilah kami tidur dlm keadaan kepala bertemu kepala dan kaki berlaga kaki...nk berkalih pun kena bangun dan pusing kan badan baru blh baring balik..tp Alhamdulillah semua jemaah tak bersungut dan semua dapat tidur dgn lena (itu la kelebihan jemaah asari semua boleh lena dimana2 hihihihi)...




khemah di Arafah.... 


ni la hotel seribu bintang..semua lena diulit mimpi hihihi...



 gmbran khemah yg dipasang di Mina


 serba putih...bumbung khemah di Mina...


byk khemah ni...semua khemah yg memuatkan jutaan jemaah serata dunia...


Sunday, December 9, 2012

Perjalanan Impian 4

Salam...

18102012 hingga 23102012 merupakan aktiviti bebas bagi kami...ruang bebas tu diselangi dgn tazkirah pada jam 9 pagi yg disampai kan oleh Ustaz Mohammad Rodi Bin Abdul Rahman Al-Hafiz  
atau lebih dikenali sbg Ustaz Rodi...bermacam2 tajuk tazkirah yg disampaikan oleh ustaz...kebanyakan nya adalah peringatan bagi kami para jemaah utk menghadapi hari wuquf yg akn menjelang tiba tak lama lg...

mula2 aku jumpa ustaz aku tak tahu nak ckp cmne..ustaz nampak jenis yg pendiam dan serious..so aku mcm boleh bayang bertapa bosan utk aku menghadapi hari2 mendengar tazkirah dari dia..tapi akhirnya aku tau aku silap...dengan tak disangka2 ustaz mampu menarik perhatian kami para jemaah...erk aku xsure org lain tp aku kagum dgn cara didikan ustaz pada kami...means utk julung2 kalinya aku tertarik dan tak pernah rasa bosan dgn ceramah/tazkirah yg disampaikan oleh seorang ustaz selain dari ayah aku hihihi...gud job ustaz ;p

kerajaan Arab telah mengisytiharkan bahawa kuota tambahan diberi utk setiap negara...ada agensi2 swasta yang sanggup untuk mengambil kuota tambahan itu...semua pihak agensi swasta terpaksa bekerja keras kerana byk hotel2 yg dibeli sebelum ni telah dijual kerana sebelum ni dikatakan tahun ni kuota tambahan tidak akan diberi...

Asari Murni berjaya mendapat tambahan lebih kurang 90-100 jemaah kalau xsalah...mereka semua ditempatkan disebuah hotel yg belum siap sepenuhnya...hotel tu belum ada nama dan terletak di Misfala...sesungguhnya menjadi tetamu Allah ni kita akn berdepan dgn mcm2 ujian...dan mungkin ini ujian buat mereka...walau apa pun bagi aku sepatutnya mereka bersyukur kerana mereka antara jutaan manusia yg terpilih utk menjadi tetamu Allah pada tahun ini..

24102012 merupakan tarikh dimana kami semua para jemaah dijadualkan untuk bergerak ke Arafah...kami jemaah Asari Murni Maktab 98 telah di arahkan oleh petugas Asari Murni utk bersiap sedia di bilik masing2 seawal jam 10 pagi...kami tak dibenarkan berlegar2 dilobi kerana dikhuatiri lobi akn sesak dengan org..maklumlah hotel kami agak kecil dan kami berkongsi hotel dgn jemaah dari TM Travel & Tours...

lebih kurang jam 11 pagi kami diberi arahan utk menaiki bas...kami diarah untuk membawa hand luggage yg dibekalkan oleh Asari Murni sahaja...ini kerana tempat di Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah sgt terhad...perjalanan dari Mekah ke Arafah sebenarnya tidak lah jauh sgt..tetapi kami semua telah diuji bila driver yg memandu bas kami itu sesat dan tak tahu arah tuju huhhuhu...pekerja Asari Murni yg turut serta untuk ke Arafah telah menasihati mereka utk berhenti dan bertanya arah jalan..tetapi mereka tak mahu..hadoiii ujian ujian...tapi akhirnya kami smpai di tempat yg dituju...sekitar jam 3-4 petang kami tiba di khemah kami...

ni la keadaan khemah di Arafah

next entry kita cite pasal Arafah plak ek...maybe lmbt sket sb esok kne keja sudah huhuhuh...dh 59 hari aku bercuti dari p skolah tu ;p


Perjalanan Impian 3

Salam....

15102012 dan 16102012 merupakan aktiviti bebas utk semua para jemaah Asari Murni..utk yg buat haji tamattuk' mereka dah bebas dari larangan semasa ihram setelah mengerjakan tawaf,saie dan bergunting haritu...bagi yg mengerjakan haji ifrad pula mereka masih terikat dengan larangan semasa ihram...jadi bakal2 haji yg melaksanakan haji tamattuk' bebas utk melakukan umrah sunat tp tak digalakkan kerana orang makin padat..ini disebabkan hari wuquf makin dekat...

so rutin aku dan mama hanya la berulang alik dari hotel ke masjid...kami aim utk solat di Masjidil Haram utk setiap waktu solat...setakat ni alhamdulillah kami mampu...

17102012 merupakan ziarah pertama bagi KT90...dikhabarkan sahabat2 kami yg menaiki KT102 akan tiba di Jeddah pada petang ini...mereka terdiri dari 12 org sahaja..InsyaAllah esok kami akan bertemu mereka semua...

Ok sepatutnya KT90 dijadualkan utk ziarah dan siapa yg ingin melakukan umrah sunat boleh mengambil miqat di Ji'ranah...tp disebabkan keadaan di masjid yg semakin sesak Ustaz Ibrahim memutuskan yg kami hanya akan membuat ziarah ke tempat2 bersejarah dan tidak akn mengambil miqat di Ji'ranah...

maka pada tanggal 17102012 kami para jemaah Asari Murni telah melawat tempat2 seperti Gua Thur,Arafah,Muzdalifah,Mina,Jabal Rahmah dan kami akan lalu di perkuburan Ma'ala...ziarah di Arafah,Muzdalifah dan Mina merupakan ziarah bagi memberi gambaran awal utk jemaah haji sebelum tiba hari wuquf...disebabkan kesesakan jalan dan tempat2 yg patut kami lawat dipenuhi dgn jemaah2 dari pelbagai bangsa maka lawatan kami sgt terhad...contohnya di Jabal Rahmah bas yg kami naiki hanya boleh parking diluar..dan ia sgt jauh dari Jabal Rahmah...so Ustaz memutuskan utk sesiapa yg nak pergi tgk unta berhias atau nak ambil gambar dgn unta boleh turun...bagi yg uzur dan tak mahu bersesak2 boleh tunggu di dalam bas sahaja...

oh lupa pulak,ziarah kami ini dipimpin oleh ustaz yg dijemput khas..ustaz ni bertugas utk pakej TM Travel&Tours...ustaz yg dimaksudkan adalah Ustaz Suhaimi...ustaz ni merupakan rakan kepada Ustaz Ibrahim...dia just tolong2 je dan dia juga la yg mengambil alih tugas dgn menceritakan sejarah2 tmpt yg kami lawati...

suppose gmbr ni berlatar blkgkn Gua Thur tp xnmpk la plak gua nya huhuhu

kami bergerak balik lebih kurang jam 10.30 lebih...sampai di hotel kami naik di bilik masing2 dan bersiap2 utk ke masjid dan menunggu masuk waktu Zohor...



Saturday, December 8, 2012

Perjalanan Impian 2


Salam...

14 Oktober 2012 merupakan hari kedua aku dibumi Makkah ni...syukur alhamdulillah aku dpt menjejakkan kaki ke sini...pagi td lepas dpt bilik kami tidur kejap je sb dah mmg dekat sgt ngn waktu Subuh...kami solat subuh dibilik hotel je...

ganjaran pahala yg dijanji kan Allah s.w.t. bagi mereka yg beramal di bumi Makkah ialah 100,000 dibandingkan dari tmpt2 lain..

tepat jam 7.30pagi tu aku n mama pun tunggu la papa kt lobi hotel..jemaah lain dh siap berkumpul kt luar...tunggu punya tunggu papa lmbt..rupanya papa salah hotel..sepatutnya kalau ikut perancangan asal pakej Asari Murni ditempatkan kt hotel Diafat Al-Rashideen yg jaraknya dari Al-Haram sejauh 500meter..tp disebabkan tahun ni smpai hari kami berlepas xde kuota tambahan maka kami di'upgrade' ke hotel Dar Al-Ghanaem yg jaraknya hanya 150 meter sahaja...mmg rezeki kami para jemaah Asari Murni sgt murah..kami xkisah walaupun hotel ni agak lama tp tetap bersyukur sb dekat sgt ngn masjid...mmg tujuan dtg sini utk beribadah kan...

so papa smpai kami pun berjalan menuju Masjidil Haram...time ni dada berombak and berdebar2 sb xsabar nk tgk Kaabah dgn mata aku sendiri...nak nanges lagi rasa time tu..(haih dok reja nk nanges je hihihhi)...dlm brapa minit je kami smpai...ktorg melangkah masuk ke Masjidil Haram melalui pintu no1...pintu King Abdul Aziz...jalan beberapa langkah and aku nmpk Subahanallah cantik dan sgt besar...Kaabah...itu la kiblat kita..Ya Allah xtergambar perasaan aku...sebak dan sgt terharu aku antara hamba2 yg terpilih menjadi tetamu Allah pd thn ni...

kami pun letak kasut kt tmpt letak kasut...time ni seriously aku mcm blur blank xtau hape...so urusan letak kasut kt mana n rak nombor brape telah aku serahkan bulat2 pada papa hihhii...kami pun memulakan langkah..berhenti sekejap b4 turun tangga utk baca doa nampak Baitullah...dah selesai kami bergerak ke dataran tawaf...perasaan betul2 tenang dan aku still xpercaya aku yg berdiri kt sana...Ya Allah nikmatnya perasaan itu mmg xtergambar perasaan aku time tu...

kami berjalan menuju ke Rukun Hajarul Aswad...smpai kat lampu hijau kami pun memulakan tawaf haji utk aku n mama dan tawaf sunat utk papa...papa la yg mengepalai tawaf kami utk pertama kali...aku pun mulakan doa smpai siap 7 keliling..

lepas tawaf mama dh start pening lagi...papa ckp nk stop blh smbg saie esk or buat lepas wuquf nanti pun xpe..jujur aku ckp time tu mcm2 perasaan melanda..antara kecewa sb aku sgt excited nk saie dan risau dgn kesihatan mama...pape pun aku xnk marah or rasa pape sb aku tau kami diuji lagi oleh Allah...papa tinggalkan kami dan pegi amik air zamzam sejuk utk kami berdua..

mama baru lepas curah air zamzam kat kepala ;p

aku baca doa minum air zamzam dan minum air zamzam tu smpai habis..mama plak minum sikit air zamzam tu dan yg balance lagi sikit dia curah kat kepala dia..basah sket la telekung mama...tp Alhamdulillah lepas tu mama rasa segar dan dia ckp dia blh nk sambung utk saie...so ktorg pun turun kat basement utk saie 7 kali ulang alik antara dua bukit iaitu bukit safa dan bukit marwah...

Alhamdulillah kami selesai mengerjakan tawaf dan saie kami...setakat tu je yg kami blh lakukan dan kami masih dlm ihram..so segala pantang larang tetap kena jaga..papa pun hantar kami blk hotel dan dia pun balik ke hotel dia sb papa kne pergi Arafah kalo xsalah aku...senang cite papa ada tugas yg menanti la...

kusyuk baca doa selesai saie :)

balik bilik hotel kami pun berehat dlu sb penat smpai awal pagi tadi blom hilang lagi...disebabkan kesihatan mama xbrape ok maka kami skip solat Zohor n Asar kt masjid kami solat di bilik hotel je...Maghrib tu kami berdua pergi solat kt masjid..ni la pengalaman pertama aku...kami pegi masjid 15minit sblm masuk waktu...time tu org dh penuh sesak..kali ni mama jd tour guide aku sb aku mmg xbiasa kt situ...mama kn dh byk kali dtg so aku follow je la..mama bawa aku naik jambatan sblh kiri masjid...so ktorg naik ikut arus org yg sgt rmai...naik lagi dan lagi dan lagi...fuhh mcm xde penghujung..smpai kat satu pintu gerbang tu mmg dah xblh jalan..aku mcm dh kne tolak2..aku dok protect mama tp sbnrnya aku pun xkuat sgt..last2 mama ckp patah blk sb mmg xleh lalu..kami nk undur tp tiba2 dh azan..so kat mana kami ada tu la kami solat..

time ni la pengalaman pertama buat aku solat ditempat yg sesak..tanpa alas sejadah..dgn beg rapat kt kaki..duduk pun berhimpit2 je...disebabkan td lambat bertindak maka aku n mama kurang 1 rakaat so lepas imam bg salam kami bgn smbg 1 rakaat lg..time ni la aku ngah sujud n pak arab dok melangkah kepala aku...huhuhuhu tp ni senario yg biasa kt sini...bayangkan dlm satu masjid ni dipenuhi oleh berjuta rakayat dari serata negara...mcm2 budaya dan mcm2 gaya...

lepas solat maghrib kami pun turun ke bawah..tunggu kat luar dan masuk blk ikut pintu 6 utk solat isyak...mlm tu kami berjalan balik ke hotel..turun terus ke dewan mkn utk mkn mlm...pastu naik n tidur...kt sini mmg tidur awal...blk dari solat isyak baru 8.30 lebih cmtu...paling lambat tidur pun dlm kul 10 mlm hehe...

ok smbg nanti2 plak ek...