Sunday, January 13, 2013

Perjalanan Impian 10

Salam....

malam masih muda so aku terasa nak terus kan cerita impian ni...mcm amik masa lama sgt je...padahal dah sbln lebih aku blk..xlama lagi dah nk genap 2 bulan bermastautin di Malaysia kembali huhuhu...

16112012 merupakan tarikh keramat dimana kami jemaah Asari Murni KT90 akan berangkat ke Madinah...terkilan sedikit kerana beberapa hari lepas kami dimaklumkan yg jemaah Asari Murni KT90 & KT102 akan berangkat bersama2 ke Madinah..tapi semalam kami dimaklumkan yang KT102 akan berangkat 2 hari lewat dari kami...ini bermakna Ustaz Rodi tak kn bersama2 kami untuk ke Madinah...ok jgn salah faham..aku mengagumi ustaz sebab bila pergi kemana2 dgn dia which is bila dia jadi ketua rombongan setiap perjalanan tu diisi dgn pengisian yg sebaik2 nya...makna kata perjalanan tu xkan dibiarkan sia2 lah...

kami diberi arahan utk tawaf wada' selepas solat asar...selesai solat kami berkumpul di dataran tawaf...kononnya nak tawaf wada' bersama2...tapi disebabkan kena menunggu semua berkumpul maka macam terlewat sedikit...bila semua dah smpai kami pun memulakan tawaf wada'...mula2 semua masih dlm kumpulan..tp tak lama lepas tu mama dah start pasang gear aku pun follow je la hehehe...

selesai tawaf wada' kami solat sunat tawaf...lepas tu kami berdoa...aku berdoa bersungguh2...yg aku minta supaya segala permintaan aku dimakbulkan Allah...dan aku mohon permintaan para sahabat yg lain juga di makbulkan...last dan yg berkali2 aku ulang supaya Allah menjemput lagi aku menjadi tetamu Nya...xkira mcm mana cara sekali pun...aku berharap dapat menjadi tetamu Allah lagi sekurang2nya sekali setahun...mmg menitis air mata..terasa xpuas aku duduk kat sana...xpuas nak bersolat jemaah di Masjidil Haram...terasa xpuas nk tawaf mengelilingi kaabah tak kira masa...xpuas berulang alik dari hotel ke masjid tanpa memikirkan hal dunia...nikmat semasa berada disana tak dpt nak aku gambarkan...nikmat yg tak terhingga...

selesai solat dan berdoa kami bergegas pulang ke hotel...bas dah sedia menanti...kami naik ke bilik utk mengambil hand luggage...tp last2 hand luggage pun kami humban kat atas bumbung bas...kami diuji dgn perjalanan ke Madinah selama hampir 7-8 jam dgn menaiki bas yg xberapa nak cantik...jarak antara kerusi sedikit sempit membuatkan ramai yg kejang kaki...tp xpe kami semua sabar menghadapi ujian tu...

makan dan tidur didalam bas mmg menjadi pengalaman kami...sekitar jam 9-10 malam kami berhenti di satu perhentian...aku dan mama mengambil peluang bersolat jamak maghrib dan isyak...perjalanan diteruskan sehingga ke Madinah...sekitar jam 1.30 pagi kami tiba di hotel Al Haram, Madinah...

selesai urusan bilik kami mencari hand luggage masing2...beg besar kami xuruskan lagi kerana mengikut perjanjian beg2 tu akan diuruskan oleh pihak hotel....mereka akan letak beg tu di floor kami...

17112012 skali lagi kami diuji...beg besar tak muncul2 walaupun sudah masuk waktu Subuh..maka ramailah yg bersolat subuh di hotel...selepas solat kami ber'tawaf' di hotel..dari tingkat 14 sehingga groundfloor mencari mana beg kami...tapi satu beg besar kepunyaan Asari Murni tak kelihatan...kalau ikutkan jadual kami pagi tu kami ada Ziarah Dalam...tapi kerana beg tetap tak ditemui maka ustaz cancel kan program tersebut...

setelah me'round' hotel akhirnya kami temui beg2 kami...tersusun elok kat pintu blkg berhampiran pos malaysia beroperasi...kami pun mengangkut beg2 tersebut sendirian berhad...tak dan nak tunggu org hantar dah sebab masing2 nak amik beg cepat dan mandi....

selesai mandi dan berehat sebentar kerana saki baki penat berjalan semalam belum hilang...sekitar jam 10 pagi aku dan mama ke Masjid Nabawi menunaikan solat dhuha dan kemudian terus tunggu masuk waktu Zohor...selesai solat kami balik ke hotel menjamu selera...kemudian sambung berehat di bilik...dan seterusnya ke masjid lagi utk menunaikan solat Asar, Maghrib dan Isyak....

18112012 kami bersolat Subuh di masjid seperti biasa...cuaca di Madinah agak sejuk...nak mandi pun mcm liat sikit hehehe...pagi tu selepas sarapan ustaz mengarahkan kami berkumpul di lobi jam 7.30 pagi untuk Ziarah Dalam...kami bergegas ke bilik utk berehat dan bersiap...

jam 7.30 pagi kami berkumpul di lobi...ustaz datang bersama seorang ustazah...Ustazah Rahmah nama nya...ikut dari cara dia bercakap aku menjangkakan dia merupakan warga Indonesia..ustazah akan membimbing kami jemaah wanita utk masuk ke Raudhah...di Madinah lelaki dan perempuan di asingkan...pintu juga berlainan...jemaah wanita ada pintu khas..Raudhah juga terasing..bagi jemaah lelaki mereka blh masuk Raudhah pada bila2 masa...bagi jemaah wanita pula hanya ada 3 waktu iaitu selepas Subuh...selepas Zohor dan selepas Isyak...

maka kami pun bergerak ke sana...dalam jam 9 pagi lebih kami tiba..nak masuk bukan senang...kami kena sabar menunggu bangun duduk menjadi perkara biasa utk masuk ke dalam Raudhah...akhirnya kami dapat masuk ke dalam Raudhah....kami dpt bersembahyang didalam Raudhah..bukan solat 2 rakaat tapi 4 rakaat...syukur Alhamdulillah...ni semua kerana kami merupakan jemaah terakhir...Raudhah utk jemaah wanita dah nak ditutup kerana nak bagi laluan utk solat Zohor...skali lagi nikmat yg teramat sgt dpt bersolat di dalam Raudhah...antara makam dan mimbar adalah taman2 syurga...lama kami dpt bersujud dan berdoa waktu tu...Alhamdulillah

19112012 merupakan Ziarah Luar...kami pergi ke Masjid Quba dan bersolat 2 rakaat...kelebihan solat di masjid Quba ialah bila kita berwudhuk di rumah kita dan bersolat 2 rakaat di masjid Quba seperti pahala 1 umrah...sesungguhnya Allah Maha Pemurah....tinggal kita hamba2Nya utk mengambil peluang yg telah diberi....setelah selesai kami bergerak ke Uhud...disitu la tempat dimana 70 orang Syuhada Uhud dimakamkan...kemudian kami dibawa melihat Masjid Qiblatain...kali ni kami tak turun pun..kami hanya melihat masjid itu dlm kaeadaan bas yg bergerak...kemudian kami dibawa ke Ladang Kurma...disitu ramai yg pakat dok pulun borong kurma..aku dan mama juga tak ketinggalan...tapi kami just beli cokelat...cokelat Madinah ni besar2 hehehe....lepas berjual beli kami pun menaiki bas menuju hotel..agak tergesa2 kerana kami nak mengejar masa agar sempat berjemaah di Masjid Nabawi...

20112012 sekali lagi kami Ziarah Dalam...haritu jemaah wanita hanya sempat masuk Raudhah je...jemaah lelaki lagi la hampeh...dorg xsempat ziarah mana2 lagi sebab masing2 dok sibuk bergambar haritu huhuhuh...sabar je la kan...so kami berjalan di luar masjid..kami semua menuju perkuburan Baqi'...disinilah isteri2 dan puteri2 Nabi Muhammad di makamkan....setelah itu kami berjalan lagi...kali ni kami nampak kubah hijau dekat masjid..dibawah kubah hijau itu lah Nabi Muhammad s.a.w dimakamkan...disebelah makam nabi pula ialah makam 2 sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar...kami memberi salam pada Nabi Muhammad dan para sahabat....kemudian kami meneruskan perjalanan...

kami keluar dari perkarangan masjid menuju ke sebuah taman...ditaman tu tenang je..banyak pokok kurma...ustaz kata itu la tempat nabi berehat2 dlu..tp itu ustaz yg cakap aku pun tak tahu kesahihan cerita itu...sempat lah kami bergambar...lepas tu ustaz bawa kami ke pasar tamar moden hehehe...kami masuk ke Bin Dawood kat groundfloor ada jual tamar...tapi aku ngn mama xjoin pun..ktorg g bjalan ke tempat lain dan shopping sikit2...pastu ktorg balik bilik berehat sambil menunggu waktu solat...

ok sambung lain kali pulak...mata dah ketat hehehehe...gud nite :)

bergambar sebelum masuk Raudhah...


berlatar belakangkan Masjid Quba'...


 bersama mama ziarah Syuhada Uhud...

perkuburan Baqi'...


 santai bergambar setelah Ziarah Dalam...


 bergambar bersama di Ladang Kurma...





No comments:

Post a Comment