Tuesday, July 23, 2013

tiga bulan...

Salam...

Jumaat lepas merupakan 19hb...biasalah mmg tiap2 bulan akan muncul tarikh 19 ni cuma sejak beberapa bulan lepas tarikh 19 ni buat aku menghitung sudah berapa hari dan teringat kan seseorang...tak lain tak bukan arwah abang aku...dimana Jumaat yg lepas genap 3 bulan dia tinggalkan kami...hari arwah meninggal dlu pun jatuh pada hari yg sama iaitu Jumaat...

seperti biasa aku tak tahu nak meluahkan pada sesiapa...jadi aku ganti perasaan itu ke dalam bentuk tulisan...aku buat status kt fb aku '19hb muncul lagi...bermakna dah 3 bulan'....hanya org yg memahami akan faham makna status aku...dan tentu nya mereka2 tu dikalangan keluarga dan sahabat yg rapat dgn aku...

sabtu pagi aku mcm biasa bgn pagi check hp...tiba2 nampak ada update dari fb...tak disangka2 update tu ialah komen kt status aku...
"setiap muncul tanggal 19, wajahnya terbayang dalam senyuman, terus ku hulurkan doa semoga bersua di syurga nanti"

komen kat atas tu hasil tulisan papa...sayu hati aku membaca bait2 kata papa...xtertahan air mata...tp aku tau mcm mana sedih aku rasa pasti sedih lagi perasaan mama dan papa...yelah aku sempat mengenali arwah cuma untuk 28thn tp papa dan mama menjaga dan membesarkan arwah sejak 39 thn yg lalu...

doaku semoga dia tenang disana...semoga segala dosa diampunkan dan segala urusan dipermudahkan Allah...insyaAllah semoga kita semua bersatu di syurga nanti..Amin


No comments:

Post a Comment